Langkah anak muda itu nampak sayu usai keluar dari bank. Lemah lembut bagaikan penari tarian piring. Wajahnya sugul, rambutnya serabut. Jelas di wajahnya begitu banyak masaalah yang membelengu pikirannya. Dia teruskan langkah sayunya ke arah parking motor. Sekali lagi raut wajahnya berkerut bila melihat jarum penunjuk minyak motor hampir-hampir menyentuh huruf E. Dia start motor, motor itu hidup. Dia pulang ke rumahnya dengan tenang sambil menunggang motosikal lejen yang disayangi.
Makin lama motor itu makin semput, mujur nasibnya baik, motor itu sampai ke destinasinya. Tak perlu dia tolak motornya untuk balik ke rumah. Dia merenung tangga yang dipenuhi sampah sarap. Rumahnya di tingkat 3. Lif takde. Dia rase nak maki kontraktor yang bina rumah tu tapi dia tak tahu sape yang bina rumah tu. Bangunan rumah itu keseluruhannya 6 tingkat. Mengikut syarat, bangunan yang lebih dari 4 tingkat perlu ade lif. Persetankan pasal lif. Ade benda yang lebih menyanyat hati daripada kisah lif tersebut.
Kepalanya pening. Badannya bagaikan tidak bermaya. Dia mungkin kelaparan. Terus dia meluru ke dapur rumahnya. Tiada apa apa. Dia bukak peti ais. Juga takde ape ape kecuali botol air mineral dengan kapasiti separuh. Beras sudah habis. Sejak 2 hari lalu, dia hanya makan nasi koaong yang dibelinya di kedai makan berhampiran. Dia bawa pulang, dia gaul bersama kicap. Lalu dia makan sambil mempraktikkan ilmu makanan bayangan. Nasi berulam kicap kini terase enak bagaikan ade ayam goreng kepsi. 2 hari dia makan menggunakan teknik begitu.
Malam itu dia tidak makan. Duitnya tinggal 20 sen. Hanya cukup untuk membeli gula gula mentos 4 bijik. Dicapainya kotak rokok. Ringan. Hanya ade sebatang sahaja. Dia bakar, dia hisap 3 sedutan dan dia padamkan. Jimat.
Malam itu malam yang panjang baginya. Perutnya kelaparan. Otaknya berserabut. Kepalanya tidak tenang. Mulutnya tidak lekang dengan makian. Semua benda serba tak kena. Kalah orang period.
Malam itu, seperti malam malam sebelumnya, dia bertekad mahu pergi ke bank lagi bagi memantau kalau kalau gajinya sudah masuk dan dia berharap keajaiban motornya bertahan dengan minyak hampir hampir kering itu untuk ke tempat kerja.