Sebagai seorang pelajar yang mendiami asrama yang usang dan tak
canggih, kami di paksa pergi ke kelas prep petang dan malam. Asrama yang ada
hanya dijadikan tempat untuk tidur dan kadang-kadang tempat untuk membuli
pondan. Tidak kurang juga tempat untuk melepaskan ketagihan nikotin di tandas
asrama.
Setiap kali prep malam, kami di hantui oleh bunyi yang kurang
menyenangkan. Kalau duduk sorang-sorang dalam gelap, boleh terkencing dalam
seluar jugak. Tapi biasanya waktu prep malam, pelajar akan bukak lampu sebab
pelajar kebanyakannya masih ada akal. Kebiasaannya waktu prep malam di gunakan
untuk menyiapkan kerja sekolah dengan cara meniru buku pelajar perempuan. Pada
masa ini, budak lelaki tak kisah dah perempuan tu cantik ke tak, janji kerja
sekolah siap. Prep sesi petang biasanya di gunakan untuk tidur bagi budak
lelaki yang loser takde makwe dan berjalan ke kelas makwe bagi budak lelaki yang
hensem macam aku.
Aku ada kawan loser sorang. Nama dia muadz, orang panggil dia
Kacang sebab dagu dia panjang dan dahi dia luas. Disebabkan malu di panggil
Kacang, dia banyak diam dan menyendiri di kelas. Dia paling marah kalau orang
bising. Bunyi seram yang selalu bising malam-malam tu pun dia marah jugak.
Petang itu hujan lebat bukan main, aku nak pergi kelas malam tu
pun air cecah sampai buku lali. Mujur buku lali, kalau kena buku Biology
Sasbadi yang cikgu Bio aku paksa beli tu, kompem esok kena paksa beli lagi.
Masa ondewey ke kelas prep malam, aku nampak Muadz senyum sendirian sambil dia
jalan angkat sikit seluar supaya tak kena air paras buku lali tu. Aku
dengar dia bercakap sendirian.
“Malam ni siap kau! Akan aku bunuh kerabat kau. Kau tunggu!” Bicara Muadz sendirian sambil tersenyum sinis
lalu menampakkan dagunya senget sedikit.
Aku malas nak tegur orang pelik-pelik ni. Nanti tak pasal-pasal
aku kena sampuk jadi pelik-pelik jugak. Aku terus jalan laju sikit ikut
kelajuan angin menuju ke kelas. Prep malam berjalan macam biasa. Aku sibuk
meniru latihan add math kawan perempuan
aku yang tidak ada rupa tetapi rajin sebab masa prep petang tadi aku bizi pergi
kelas form 1 lepak dengan adik angkat.
Pukul 1055 minit malam, semua kelas kecoh sebab waktu prep sudah
hampir habis. Aku tengok muadz sedang tekun membaca buku biology sasbadi. Aku
menghampiri dia slow-slow, sekali aku tengok dia tengah baca buku Wira Tunggal.
Buku biology sasbadi digunakan sebagai cover sahaja. Bijak jugak si Kacang ni.
Aku tegur dia slow-slow.
‘weh jom la balik. Arini kat dewan makan ada roti inti kacang
merah, air milo.” Macam biasa, aku memang dah hafal menu makanan kat dewan
makan.
“kau balik lah dulu. Aku ada urusan penting nak diselesaikan.
Kalau kau berani dan cukup ilmu, kau ikut la aku. Kalau penakut, pergi makan
roti inti kacang merah cicah milo.” Muadz senang hati mencabar aku.
Aku memang pantang di cabar. Aku tinggalkan rasa enak roti inti
kacang merah cicah milo demi membuktikan keberanian aku.
Aku ikut Muadz, dia ke belakang kelas mengambil sebatang kayu dan
scoop sampah serta 3 biji batu bata merah bersamanya. Dia menuju ke pinggir
blok kelas tingkatan 5. Di situ terdapat sebuah kolam misteri. Kelihatan banyak
lembaga yang Muadz cari-cari bertenggek di situ. Muadz senyap seketika.
“Serang!!” Pekik Muadz bagaikan dirasuk jin hutan.
Muadz membaling batu bata ke arah lembaga tersebut. Hancur badan
lembaga tersebut. Muadz teruskan membaling dan merejam. Ada yang terburai isi
perut, ada yang pecah kepala, ada yang putus kaki dan tangan, tak kurang juga
yang terbelah dua badannya. Aku jadi terpegun dan seronok sehingga kan tanpa
sedar aku bertepuk-tepuk tangan sambil menghentak kaki setempat. Baru aku tahu
punca bunyi seram tu.
Dalam perjalanan pulang, aku tanya Muadz.
“Mana kau tahu tempat tu? Ilmu apa kau guna bunuh diorang semua?”
“Aku dah lama kaji. Aku dapat ilmu pembunuh 80 petala langit ni
masa aku tertido lepas baca buku Wira Tunggal minggu lepas.” Serius Muadz
memberikan jawapan. Aku dah tahu dia mengarut, aku buat bodoh saja.
Esok pagi, aku ke bilik guru sebab nak buat consultation sikit
tentang masalah disiplin pelajar yang semakin meruncing dan membimbangkan. Aku
lalu depan bilik pengetua, aku nampak PokNik, tukang kebun sekolah kena marah.
“Macam mana bangkai katak tu boleh ada dalam kolam ikan tu? Dah la
banyak, busuk pulak tu. Saya nak ianya di bersihkan sebelum pukul 10 pagi sebab
nanti ada orang dari pejabat pelajaran daerah nak datang melawat.” Marah betul
nada pengetua tu. Kesian jugak aku tengok PokNik kena marah dengan pengetua
gemuk.
Muadz senyum sendirian, aku pulak rasa bersalah. Aku bacakan Al-Fatihah
untuk katak-katak yang terkorban tu. Aku harap dosa aku terampun.
Aku insaf kejap je. Lepas tu aku selalu follow Muadz bunuh katak
hamper setiap malam sehinggakan aktiviti kami dapat di hidu oleh pihak
PIBG dan Koperasi sekolah. Kami berdua
di panggil ke bilik pengetua serta merta.
“Ada saya upah kamu suruh bunuh katak-katak ni?”
“Takde cikgu’ jawab kami serentak.
“Dah tu kenapa sibuk nak bunuh katak tu?”
“Sebab….” Belum sempat Muadz menjawab, PAP!! Pengetua memberikan
hayunan tapak tangan yang kencang ke pipi Muadz, dagu beliau senget sedikit.
“Oooo menjawab pandai!”
Kami berdua bengang, pengetua lagi bengang. Hari itu aku dan Muadz
kena denda lompat katak keliling sekolah. Cramp jugak betis dan peha aku.
Seminggu jugak lah aku berak dekat tandas duduk. Sejak itu, aku berubah menjadi
belia yang cintakan katak. Aku dengar cerita Muadz sekarang dah jadi penjual
katak kepada tokey-tokey cina sekitar Bandar Muadzam Shah.
No comments:
Post a Comment