Itu malam, malam minggu. Aku
sama wakjenal lepak-lepak dekat tepi court badminton membincangkan hal-hal isu
semasa dan juga hal berkaitan korupsi politik, isu video pondan menari di
youtube dan macam-macam lagi. Kalau aku tulis semua benda, sampai minggu depan
tak habis korang baca.
Aku dan jenal borak bukan
main pum pang pum pang lagi. Borak-borak jugak, kuaci kat mulut tetap jalan.
Memang sedap makan kuaci sambil borak-borak, di temani asap rokok jenama Pine
kaler merah. Wakjenal bukan main puji lagi rasa rokok Pine kaler merah tu sedap
sangat. Memang lah dia rasa sedap sebab dekat 5 batang jugak rokok Pine kaler
merah aku kena tibai dengan dia. Mujur aku ni pemurah dan baik hati walaupun
luaran aku nampak gangster macam tailong. Kitorang teruskan berborak hal
duniawi. Tak semua hal duniawi, ada la sikit-sikit hal agama yang kami
bincangkan seperti kitaran haid wanita, cara mandi wajib, persetubuhan mengikut
syariat dan tak kurang juga tentang doa qunut. Kitorang berdua masing-masing
cuba nak ingat balik doa qunut panjang. Qunut pendek kitorang dah hapal siap
dengan taranum sekali baca doa qunut.
Borak dan borak lagi. Sampai
masuk topik minyak kereta. Masa borak pum pang pum pang, datang sorang member
aku ni. Dia punya hensem macam pelakon sinetron, dia punya duit banyak macam
tokey gula, tapi dia tetap pow kuaci aku jugak. Oh lupa, nama dia ikrami. Ada
gaya arab+indon sikit dalam nama dia. Tapi muka dia indon je. Perangai celaka
la sikit. Dia cakap dia baru balik dari meeting. Aku tak amik port pun. Lantak
kau la nak gi meeting ke ape. Hahaha aku ketawa sendiri macam org halusinasi
isap ganja.
"Kau pehal ketawa
tiba-tiba?" Ikrami menyoal aku.
"Takde ape lah. Aku
tersedak sebenarnya makan kuaci ni." Aku balas acuh tak acuh. Aku pun
sambung borak pasal minyak kereta.
"Aku punye minyak kereta
isi 20 ringgit baru naik satu takuk. Macam gampang je meter minyak kereta
aku."
Tiba-tiba Ikrami menyampuk.
"Kereta kat rumah aku,
kereta waja, isi 50 ringgit baru satu takuk. Fulltank 200 ringgit baru
penuh."
Aku dan wakjenal terkedu kejak.
Bunyi cengkerik ketawa makin kuat. Aku dan wakjenal terus diam. Ikrami beransur
pulang.
"Bodoh, itu meter minyak
dia rosak." Wakjenal memberi respon selepas Ikrami dah blah jauh-jauh.
Kahkahkahkahkah
Aku dan wakjenal ketawa macam
orang mabuk isap ganja. Nak tipu pun agak-agak la si Ikrami ni. Kereta Waja dia
sejak bila tukar tangki minyak lori?
Mujur dia cakap 200 ringgit
baru fulltank. Kalau dia cakap 200 liter baru fulltank, memang malam tu ada
yang mati minum petrol..
No comments:
Post a Comment