"Roti Tampal itu enak. Ke enak kan harus di kongsi bersama. Bersama mengecapi nikmat hidup, mencapai inzal kehidupan dunia."

Friday, 8 November 2013

Teknik Maggi

Makan maggi dekat asrama ni trend biasa je sebenarnya. Apa yang membezakan pengalaman maggi di sekolah berasrama ini ialah cara maggi itu di makan. Cara makan maggi ni jugak menunjukkan tahap survival seseorang pelajar tersebut. Kalau makan maggi dalam bekas makanan biasa, itu kedekut namanya. Hidup kat asrama ni kalau kedekut alamatnya memang kena pulau la engko. Silap-silap kena bogel macam budak pondan (tu kat sekolah aku je la, kalau sekolah lain aku tak tahu). Ni aku nak cerita beberape teknik makan maggi yang agak professional yang aku peratikan sepanjang 5 tahun aku di asrama dalam hutan.

Teknik Pertama: Makan maggi bersendirian.

Ini teknik biasa makan maggi. Makan maggi sorang-sorang tanpa ajak member dan hanya menggunakan bekas yang dapat memuatkan sebungkus maggi. Teknik ini banyak dipraktikkan oleh pelajar junior yang baru masuk dan masih tidak mengenal erti ukhwah atau dalam bahasa inggeris, di panggil Brotherhood. Biasanya teknik makan sebegini hanya bertahan selama setengah tahun.

Teknik Kedua: Makan maggi secara Rahsia.

Teknik ini menyemai sikap kedekut yang melampau-lampau. Menurut pemerhatian aku, aku ade seorang kawan yang berbadan kecil yang begitu mempraktikkan amalam ini dalam pemakanan maggi sehariannya. Kebiasaannya, beliau akan senyap-senyap mengambil air panas di water cooler dengan gaya selamba dan cepat. Kemudian, bekas berisi air panas tersebut diletak didalam locker dan kemudian diisi pula dengan maggi. Locker ditutup serapatnya, mungkin dia bayangkan locker tu macam oven aku pikir la. Maggi dah siap, dia akan slow-slow turun dari katil dan menghampiri locker. Pintu locker dibuka begitu sikit sekali hanya memuatkan kepalanya. Setel 1 suap, dia tutup pintu locker dan kembali berlegar2 ke  arah rakan-rakan sambil beramah mesra dan bertanya khabar. Lepas beberape ketika, dia kembali ke locker hingga habis maggi tersebut. Aku kira-kira dalam 6 7 trip jugak la dia ulang alik ke locker.
Dengan cara ini, makanan terhadam dengan bagus sekali. Amalkan dan nantikan sepak terajang dari member-member.
Teknik ketiga: Makan maggi secara berjemaah.
Kebiasaan, teknik ini digunakan untuk meraikan sesuatu festival seperti malam minggu ataupun tamat exam pertengahan tahun. Teknik ini sangat mudah. Kebiasaannya, setiap peserta yang ingin mengambil bahagian di minta membayar 1 ringgit kepada ketua bilik. Bayaran ini sebagai modal untuk membeli maggi dalam skala yang agak banyak. Sebiji baldi sebagai peralatan penting perlu ada. Dan yang paling penting ialah seorang budak junior yang di gunakan untuk mengangkut air panas sebaldi. Pada masa ini, budak junior adalah asset buruh yang paling bernilai. Junior yang nerd dan ulat buku sememangnya menjadi rebutan ramai untuk mendapatkan air panas yang berkualiti tanpa di campur dengan air paip.

Makan maggi dalam baldi biasa akan di ketuai oleh ketua bilik yang paling gangster; biasanya senior yang kelas bawah sekali. Beliau akan menggaulkan maggi tersebut di dalam baldai sambil yang lain duduk berselawat. Ini adalah amalan yang di terapkan oleh ustaz-ustaz sekolah aku. Selawat sangat penting, selawatlah di mana-mana sahaja. Lepas siap gaul, makan je la. Kalau siapa makan guna sudu dia rugi la. Nak untung lebih, kaut je guna tangan.

Teknik Keempat: Makan sendirian dengan cara paling rare.

Ini teknik last sekali. Aku malas dah nak tulis. Teknik ni aku pernah buat secara tak sengaja masa aku form 5. Maksudnya masa aku senior la. Masa tu, waktu dah nak maghrib, tapi aku lapar gilababi ni. budak pengawas form 3 dan form 4 dan memekik suruh pergi masjid. Aku senior berhati waja, aku langsung tak pedulikan ape budak tu mengarut, especially si Burn, pengawas yang berbulu lebat. Ada orang cakap dia tu cimpanzi jadian. Orang cakap la, aku tak cakap pun. Masa tu aku tengah menatang plastic yang penuh dengan air panas serta berisi maggi. Plastic tu aku letak elok2 tepi dinding dengan kestabilan yang terjamin. Aku pergi mandi cepat-cepat sebab lapar. Burn, si pengawas berbulu lebat masih memekik-mekik depan mikrofon macam beruk baru dapat mikrofon. Junior-junior yang penakut seakan-akan hilang pertimbangan akal berlari ke surau. Takut betul diorang ni, aku rileks je. Aku keluar dari tandas, capai maggi aku yang dah masak tu dan aku menuju ke bilik. Sesampainya aku di koridor bilik, seekor junior melanggar bahu aku dalam keadaan hilang pertimbangan berlari ke surau. Maggi aku jatuh atas lantai, tapi sebab aku lapar aku hilang pedoman diri.

Aku letak perencah maggi goreng, aku gaul slow-slow, last sekali aku letak kriuk kriuk asli. Memang sedap, atas koridor tu jugak aku bersantap,. Sedang enak menikmati juadah, datang sepasang kaki depan aku, satu kanan dan satu kiri. Cikgu Zaleee, selaku warden,  guru disiplin dan guru bertugas pada minggu itu. Dia nampak aku dan pandang aku dengan penuh kehairanan. Tapi dari raut wajahnya aku tahu dia agak bersimpati kepada aku.

“awak ni dah kenapa Rafael(bukan nama sebenar)? Makan atas lantai macam orang tak betul.”
“maafkan saya cikgu, saya lapar sangat.” Sambil aku membuat muke simpati yang comel.

“Ok,malam nanti lepas isyak kamu tak payah pergi kelas prep. Kamu ikut saya makan kat luar, saya belanja kamu. Dah, cepat pergi siap ke surau.”

“baik cikgu. Sekarang jugak saya bersiap”

Malam itu aku makan nasi goreng USA bersulam air tembikai laici. Aku pelajar paling bertuah malam itu.

Sejak hari itu, kisah cikgu Zalee belanje aku menjadi bualan ramai. Aku lihat ramai buat-buat makan atas lantai koridor dengan harapan cikgu Zalee nampak. Tapi malangnya, perbuatan mereka itu bodoh dan sia-sia. Kahkahkah



sekian

No comments:

Post a Comment