Pada suatu malam yang lapar dan suram, semua orang lapar
masa tu. Termasuk aku. Member-member aku ajak “fly”. Kalau fly pun korang tak
tahu, nanti dah ada anak, hantar anak kau tu masuk asrama, lepas tu tanya dia
fly tu apa.
Keadaan perut yang memaksa membuatkan aku bersetuju untuk
bersetuju mengikut Ramlan dan Romi pergi fly. Malam itu kami bertiga menjadi
penyelamat umat yang kebuluran dek kerana masakan dewan makan yang tak standing
dengan citarasa perut.
Pukul 1 pagi ekspedisi bermula. Langkah di atur begitu
strategic. Kami bertiga ada gaya ninja Naruto cuma yang membezakan kami
hanyalah kami tak boleh terbang mengarut-ngarut dan tak pakai kostum bangang
macam tu. Laluan pertama namanya “Jalan Babi”. Sebabnya kat situ memang tempat
babi lalu. Kalau nak lalu kat situ tanpa orang lain perasan, buat la gaya babi.
Mesti terselamat.
Laluan kedua, tangki air. Tangki air ni mercu tanda sekolah
aku sebab tu la benda paling tinggi sekali kat situ. Ianya menjadi kebangaan
warga sekolah dan acara-acara grand seperti memacak bendera sempena merdeka
wajib dilakukan di situ. Tangki air tu bersebelahan dengan pagar yang
menghubungkan dunia asrama dengan dunia yang lebih bebas dan bertamadun serta
dilimpahi dengan makanan-makanan enak. Laluan kedua ini di kategorikan sebagai
laluan mudah. Bagi pakar seperti kami, ianya tiada masalah.
Seterusnya, laluan ketiga, pagar kebebasan. Pagar ini tak
tinggi. Kalau tinggi pun tak kisah sebab da banyak lubang yang di tebuk hasil
kreativiti pelajar seperti kami. Kini kami di dunia sebanar, dunia penuh dengan
makanan dan juga muzik-muzik hebat. Jika di asrama, kami hanya dengar nasyid
saje tapi di sini kami mampu mendengar lagu-lagu New Boyz untuk di dendangkan
kepada awek-awek di kelas nanti.
“Bang, nasi goreng pattaya bungkus 13. Ramai nak makan ni.”
Romi kasi order selamba.
“Amboi, banyok betei. Aokmer 3 orang makan 13 bungkkuih?”
Waiter tanye soalan meragukan sambil menggaru kepala.
“Aku suruh bungkus, bungkus je la. Budak-budak aku dah lapar
ni. jangan sampai kau aku bungkus nanti” Gangster betul aku marah brader waiter
tu. Kalau aku ingat balik aku mase marah tu, aku sendiri pun takut dengan diri
sendiri. Gangster betul.
“Ok ok ok.. maaf abang. Nanti saya masak spesial punya
abang” Tiba-tiba waiter tu bertukar jadi bangla sebab dah takut sangat.
“weh, aku nak g tandas jap ni. nak berak ah pulak” Ramlan
bertutur terketar-ketar. Tangan kanan pegang perutm tangan kiri pegang bontot.
Aku tengok memang tak boleh tahan betul dia tu nak terberak.
“Lama dah sampai? Order apa?” satu suara yang macam aku
kenal tepuk bahu aku.
“Aku tempeh nasi goreng pattaya la ni. Cepat betul kau berak
Lan, kau basuh ke tak?” Romi selamba je jawab sambil hirup the ais sambil
menonton perlawanan ulangan kelab bawahan liga, Arsenal lawan Portsmouth
United.
Aku dah nerves gilababi da ni. aku tahu tu suara cikgu
Zainuddin. Cikgu tu cikgu paling ganas kat sekolah aku. Dia pernah menang
anugerah guru paling ganas peringkat Zon dan Daerah. Cuma peringkat negeri dia
tak pergi sebab demam. Sekali Romi mengalih pandangannya, terus bersembur teh
Ais dia. Kesian brader waiter yang dari melayu berubah menjadi bangla tetiba tu basah kena sembur.
Aku dengan Romi tak ubah seperti banduan. Kami berdua balik
naik kereta Cikgu Zainuddin. Malam tu aku ngan Romi bukan main enak lagi tidur
dekat bilik warden. Tidur atas sofa sambil sambung tengok game bola dekat Tv
tadi.
Esok pagi kami berdua rileks je bangun lewat, dan terus ke
bilik warden. Standard la dekat bilik warden mesti kena marah kaw-kaw punya.
Aku buat muka selamber je. Orang macam aku budak-budak gelarkan hati kental.
“saya akan bagitahu pasal kamu dekat parents kamu sekarang!”
Cikgu Zainuddin bertutur menggunakan ayat skema sambil jarinya begitu nakal
cuba menekan-nekan nombor di telefon bimbitnya yang murah dan langsung tak memikat
hati pelajar untuk memilikinya.
Pada saat itu, hati kental mana pun akan jadi hati tisu. Aku
dah mula cuak ni. tengah-tengah cuak, aku nampak Ramlan berjalan di luar bilik
warden. Dia ketawa macam orang gila. Aku tak puas hati betul.
Lepas habis cerita aku dengan Cikgu Zainuddin, aku pergi
kantin lepak makan kejap sebab lapar. Lagipun lagi 5 minit budak nak rehat dah.
Kringgggg Kringgggg bunyi loceng menandakan masuknya waktu rehat bagi pelajar
tingkatan 4 dan 5.
Aku nampak Ramlan jalan menyorok-nyorok. Aku dan Romi pergi
dekat dia dalam keadaaan muka yang begitu bengis sekali. Semua budak-budak jadi
takut dan memberi laluan kepada kami seperti yang anda semua lihat dalam filem
tamil dan Hindustan.
“Woi, macam mana kau tak kena tangkap semalam?” Aku bertanya
penuh sopan santun.
“Sori la wey. Sebenarnya aku dah nampak Cikgu Zainuddin baru
datang lepas aku keluar dari tandas tu. “
“Dah tu apehal kau tak pergi je kat kitorang?” Romi tanya
soalan bodoh.
“Bangang la ko ni Romi. Takkan la aku nak patah balik.
Burung mana boleh terbang reverse (Apa yang dimaksudkan oleh Ramlan disini
ialah, Mustahil)!. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak dah pergi berak
pastu nampak cikgu, memang aku stay je la tepi tandas.” Ramlan memang biasa
menggunakan bahasa kiasan yang entah apa-apa. Down jugak aku sebenarnya dengan
perumpamaan dia. Tapi yang burung tak boleh terbang reverse ni aku dah selalu
dengar.
“Gini la member.” Aku tacing habis masa tu.
No comments:
Post a Comment