"Roti Tampal itu enak. Ke enak kan harus di kongsi bersama. Bersama mengecapi nikmat hidup, mencapai inzal kehidupan dunia."

Thursday, 6 November 2014

Cerita Awek Comel Dan Booth Buku


Aku ade janji dengan Al-Haqim nak pergi bersiar-siar kat pesta buku lepas habis kerja pukul 5 nanti. Masa janji tu baru pukul 12 tengahari. Masa tu mata aku masih celik lagi. Tapi bila masuk pukul 3 petang, mata aku tak boleh blah dah. Berat dia lain macam. Aku rasa ini mesti penangan aku makan kari daging tengahari tadi kat kedai makcik Kelantan kat belakang opis aku. Kari dia sedap, tapi boleh bawak mengantuk. Sama macam ubat selsema, sedap tapi bila dah makan, ko akan mengantuk lehenets. Aku kemas laptop, aku simpan kertas-kertas, sampah-sampah aku selit dalam laci, dan aku terus blah balik bilik. Mengantuk dia lain macam, lebih mengantuk lagi daripada taip entry ni. 

Sesudah sampai di bilik, aku perati Al-haqim takde, oh aku lupa beliau masih kerja. Aku rebahkan badan, kuakkan ketiak dan rebahkan kepala. Tenang, indah dan makmur je aku rasa. Tak sampai 5 minit, aku lelap. Mengantuk sangat.

Pukul 5 petang iPhone 7 aku menggeletar riang tanpa suara sebab aku silentkan masa kat opis tadi. Tapi aku dapat rasakan gegarannya sebab iPhone tu aku letak atas perut. Petua orang ade mengatakan kalau letak phone atas perut, signal akan lebih kuat sebab pusat manusia itu sendiri akan bertindak seperti piring parabola (macam piring astro tu la). Lebih dalam pusat seseorang itu, lebih power signal yang dia dapat, kalau pusat dia tersembul, kurang la signal tersebut.

“Woi hang kat mana? Aku tunggu hang dekat masjid ni.” Al-Haqim bercakap menerusi telefon. Beliau adelah seorang remaja yang berasal dari Kedah dan selalu ke masjid.

“Aku kat bilik dah. Ngantok. Ko pegi je la sorang-sorang. Aku mengantuk sangat ni.” Tenang jawapan aku kepada Al-Haqim.

“Haaareee  yela yela.. aku pi sorang je la..” Al-Haqim membalas dengan nada sedikit kecewa.

Usai menjawab panggilan daripada Al-Haqim, rasa mengantuk aku hilang. Lalu aku pejam celik pejam celik mata untuk bersihkan habuk di perkarangan kornea mata. Aku dah tak rasa nak tido, aku lompat dari katil, capai sebatang rokok, bekas cordial sirap ros jenama F&N dan sebijik cawan yang entah pernah dibasuh ke tidak. Langkah seterusnya menuju ke water cooler yang letaknya tidak beberapa jauh dari pintu bilik. Slurrpppp sirap sejuk membasahi tekak kemudian asap rokok pula menerjah tekak. Rasa dahaga datang kembali bilamana saat asap rokok datang melalui tekak, kemudian slurrrppp sekali lagi dihirup air sirap tersebut kemudian dituruti dengan satu sedutan racun. Begitulah kitaran seorang pemuda bila bersama sebatang rokok.

Tidak lama kemudian, Al-Haqim pulang ke bilik. Wajahnya berseri-seri. Sedikit pun tak Nampak perasaan marah pada riak mukanya. Kemudian, aku Tanya dia apa khabar. Dia jawab khabar baik.

“Cun dohh marka (Awek) kat booth buku tadi. Cantik, manis sopan ayu bla bla bla bla….pakai spekmata…bla bla bla tudung labuh…blablabla… suka baca novel… blablabla…” Dengan penuh kesungguhan Al-Haqim menceritakan perihal wanita cantik yang di temui di booth buku. Aku hanya mampu mendengar sambil menahan perasaan sedikit jeles di dalam sudut hati.
…………………………………………………………………………………………………………

Selang 2 hari. Aku dan Al-Haqim bertekad untuk pergi kembali ke pesta bbuku tersebut. Kami bersemangat paai smart-smart, pakai minyak wangi dan juga gosok gigi. Sesampainya di booth yang dimaksudkan oleh Al-Haqim, di situ letaknya seorang bidadari buku, sedang tekun membaca buku. Lagaknya seperti seorang muslimah sedang membaca Al-Quran. Kami pergi menyapa  konon-konon hendak membeli buku.

“Assalamualaikum, buku yang ni je ke jual?” Aku menegur sopan.

“Haah, buat masa ni, buku-buku ni je la yang ada. Ada yang dah restock baru. Contohnya buku blablabla..blablabla.blablabla..blablabla” Tekun dan lancar percakapannya. Mau terpukau bila mendegar dan melihat cara penerangannya. Ibarat sang bidadari mengajar anaknya membaca. Aku dan Al-Haqim terpesona. Mata kami memandang tepat ke wajahnya.

“Awak berdua ni kerja kat sini ke?” Soalan wanita itu memecahkan angan-angan kami berdua.

“Haah, kami kerja kat sini. Engineer biasa-biasa je. Hehe” Al-Haqim menjawab sopan dan santun.

“Owhh ye ke? Suami saya pun engineer jugak. Tapi dia sibuk kerja, jadi saya pun buat part time jaga booth syarikat dia ni.” Begitu lancar wanita itu menjawab. Suaranya lembut tapi begitu tajam mengguris hati kami berdua terutamanya Al-Haqim.

Al-haqim terpaku, sedih tapi buat-buat cover. Lantas, segala idea-idea untuk berborak terus dilupakan. Terus kami berdua pilih buku untuk dibeli. Bila hati dah terguris, buku yang dipilih juga mungkin tak kena dengan jiwa.

Kami langkah lesu, Al-Haqim pergi kedai beli jejemput sotong dan segelas ice blended. Aku pula beli apam balik kecil tapi kurang rangup. Hari itu, yang manis semuanya tawar, bunga di hati gugur menjadi baja. Kami balik dengan rasa tertipu.

Sekian.