"Roti Tampal itu enak. Ke enak kan harus di kongsi bersama. Bersama mengecapi nikmat hidup, mencapai inzal kehidupan dunia."

Monday, 11 November 2013

Kisah Entah apa-apa: Burung tidak boleh terbang reverse

Pada suatu malam yang lapar dan suram, semua orang lapar masa tu. Termasuk aku. Member-member aku ajak “fly”. Kalau fly pun korang tak tahu, nanti dah ada anak, hantar anak kau tu masuk asrama, lepas tu tanya dia fly tu apa.

Keadaan perut yang memaksa membuatkan aku bersetuju untuk bersetuju mengikut Ramlan dan Romi pergi fly. Malam itu kami bertiga menjadi penyelamat umat yang kebuluran dek kerana masakan dewan makan yang tak standing dengan citarasa perut.

Pukul 1 pagi ekspedisi bermula. Langkah di atur begitu strategic. Kami bertiga ada gaya ninja Naruto cuma yang membezakan kami hanyalah kami tak boleh terbang mengarut-ngarut dan tak pakai kostum bangang macam tu. Laluan pertama namanya “Jalan Babi”. Sebabnya kat situ memang tempat babi lalu. Kalau nak lalu kat situ tanpa orang lain perasan, buat la gaya babi. Mesti terselamat.

Laluan kedua, tangki air. Tangki air ni mercu tanda sekolah aku sebab tu la benda paling tinggi sekali kat situ. Ianya menjadi kebangaan warga sekolah dan acara-acara grand seperti memacak bendera sempena merdeka wajib dilakukan di situ. Tangki air tu bersebelahan dengan pagar yang menghubungkan dunia asrama dengan dunia yang lebih bebas dan bertamadun serta dilimpahi dengan makanan-makanan enak. Laluan kedua ini di kategorikan sebagai laluan mudah. Bagi pakar seperti kami, ianya tiada masalah.
Seterusnya, laluan ketiga, pagar kebebasan. Pagar ini tak tinggi. Kalau tinggi pun tak kisah sebab da banyak lubang yang di tebuk hasil kreativiti pelajar seperti kami. Kini kami di dunia sebanar, dunia penuh dengan makanan dan juga muzik-muzik hebat. Jika di asrama, kami hanya dengar nasyid saje tapi di sini kami mampu mendengar lagu-lagu New Boyz untuk di dendangkan kepada awek-awek di kelas nanti.

“Bang, nasi goreng pattaya bungkus 13. Ramai nak makan ni.” Romi kasi order selamba.

“Amboi, banyok betei. Aokmer 3 orang makan 13 bungkkuih?” Waiter tanye soalan meragukan sambil menggaru kepala.

“Aku suruh bungkus, bungkus je la. Budak-budak aku dah lapar ni. jangan sampai kau aku bungkus nanti” Gangster betul aku marah brader waiter tu. Kalau aku ingat balik aku mase marah tu, aku sendiri pun takut dengan diri sendiri. Gangster betul.

“Ok ok ok.. maaf abang. Nanti saya masak spesial punya abang” Tiba-tiba waiter tu bertukar jadi bangla sebab dah takut sangat.

“weh, aku nak g tandas jap ni. nak berak ah pulak” Ramlan bertutur terketar-ketar. Tangan kanan pegang perutm tangan kiri pegang bontot. Aku tengok memang tak boleh tahan betul dia tu nak terberak.

“Lama dah sampai? Order apa?” satu suara yang macam aku kenal tepuk bahu aku.

“Aku tempeh nasi goreng pattaya la ni. Cepat betul kau berak Lan, kau basuh ke tak?” Romi selamba je jawab sambil hirup the ais sambil menonton perlawanan ulangan kelab bawahan liga, Arsenal lawan Portsmouth United.

Aku dah nerves gilababi da ni. aku tahu tu suara cikgu Zainuddin. Cikgu tu cikgu paling ganas kat sekolah aku. Dia pernah menang anugerah guru paling ganas peringkat Zon dan Daerah. Cuma peringkat negeri dia tak pergi sebab demam. Sekali Romi mengalih pandangannya, terus bersembur teh Ais dia. Kesian brader waiter yang dari melayu berubah menjadi bangla tetiba tu basah kena sembur.

Aku dengan Romi tak ubah seperti banduan. Kami berdua balik naik kereta Cikgu Zainuddin. Malam tu aku ngan Romi bukan main enak lagi tidur dekat bilik warden. Tidur atas sofa sambil sambung tengok game bola dekat Tv tadi.

Esok pagi kami berdua rileks je bangun lewat, dan terus ke bilik warden. Standard la dekat bilik warden mesti kena marah kaw-kaw punya. Aku buat muka selamber je. Orang macam aku budak-budak gelarkan hati kental.

“saya akan bagitahu pasal kamu dekat parents kamu sekarang!” Cikgu Zainuddin bertutur menggunakan ayat skema sambil jarinya begitu nakal cuba menekan-nekan nombor di telefon bimbitnya yang murah dan langsung tak memikat hati pelajar untuk memilikinya.

Pada saat itu, hati kental mana pun akan jadi hati tisu. Aku dah mula cuak ni. tengah-tengah cuak, aku nampak Ramlan berjalan di luar bilik warden. Dia ketawa macam orang gila. Aku tak puas hati betul.
Lepas habis cerita aku dengan Cikgu Zainuddin, aku pergi kantin lepak makan kejap sebab lapar. Lagipun lagi 5 minit budak nak rehat dah. Kringgggg Kringgggg bunyi loceng menandakan masuknya waktu rehat bagi pelajar tingkatan 4 dan 5.

Aku nampak Ramlan jalan menyorok-nyorok. Aku dan Romi pergi dekat dia dalam keadaaan muka yang begitu bengis sekali. Semua budak-budak jadi takut dan memberi laluan kepada kami seperti yang anda semua lihat dalam filem tamil dan Hindustan.

“Woi, macam mana kau tak kena tangkap semalam?” Aku bertanya penuh sopan santun.

“Sori la wey. Sebenarnya aku dah nampak Cikgu Zainuddin baru datang lepas aku keluar dari tandas tu. “
“Dah tu apehal kau tak pergi je kat kitorang?” Romi tanya soalan bodoh.

“Bangang la ko ni Romi. Takkan la aku nak patah balik. Burung mana boleh terbang reverse (Apa yang dimaksudkan oleh Ramlan disini ialah, Mustahil)!. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak dah pergi berak pastu nampak cikgu, memang aku stay je la tepi tandas.” Ramlan memang biasa menggunakan bahasa kiasan yang entah apa-apa. Down jugak aku sebenarnya dengan perumpamaan dia. Tapi yang burung tak boleh terbang reverse ni aku dah selalu dengar.


“Gini la member.” Aku tacing habis masa tu.

Friday, 8 November 2013

Teknik Maggi

Makan maggi dekat asrama ni trend biasa je sebenarnya. Apa yang membezakan pengalaman maggi di sekolah berasrama ini ialah cara maggi itu di makan. Cara makan maggi ni jugak menunjukkan tahap survival seseorang pelajar tersebut. Kalau makan maggi dalam bekas makanan biasa, itu kedekut namanya. Hidup kat asrama ni kalau kedekut alamatnya memang kena pulau la engko. Silap-silap kena bogel macam budak pondan (tu kat sekolah aku je la, kalau sekolah lain aku tak tahu). Ni aku nak cerita beberape teknik makan maggi yang agak professional yang aku peratikan sepanjang 5 tahun aku di asrama dalam hutan.

Teknik Pertama: Makan maggi bersendirian.

Ini teknik biasa makan maggi. Makan maggi sorang-sorang tanpa ajak member dan hanya menggunakan bekas yang dapat memuatkan sebungkus maggi. Teknik ini banyak dipraktikkan oleh pelajar junior yang baru masuk dan masih tidak mengenal erti ukhwah atau dalam bahasa inggeris, di panggil Brotherhood. Biasanya teknik makan sebegini hanya bertahan selama setengah tahun.

Teknik Kedua: Makan maggi secara Rahsia.

Teknik ini menyemai sikap kedekut yang melampau-lampau. Menurut pemerhatian aku, aku ade seorang kawan yang berbadan kecil yang begitu mempraktikkan amalam ini dalam pemakanan maggi sehariannya. Kebiasaannya, beliau akan senyap-senyap mengambil air panas di water cooler dengan gaya selamba dan cepat. Kemudian, bekas berisi air panas tersebut diletak didalam locker dan kemudian diisi pula dengan maggi. Locker ditutup serapatnya, mungkin dia bayangkan locker tu macam oven aku pikir la. Maggi dah siap, dia akan slow-slow turun dari katil dan menghampiri locker. Pintu locker dibuka begitu sikit sekali hanya memuatkan kepalanya. Setel 1 suap, dia tutup pintu locker dan kembali berlegar2 ke  arah rakan-rakan sambil beramah mesra dan bertanya khabar. Lepas beberape ketika, dia kembali ke locker hingga habis maggi tersebut. Aku kira-kira dalam 6 7 trip jugak la dia ulang alik ke locker.
Dengan cara ini, makanan terhadam dengan bagus sekali. Amalkan dan nantikan sepak terajang dari member-member.
Teknik ketiga: Makan maggi secara berjemaah.
Kebiasaan, teknik ini digunakan untuk meraikan sesuatu festival seperti malam minggu ataupun tamat exam pertengahan tahun. Teknik ini sangat mudah. Kebiasaannya, setiap peserta yang ingin mengambil bahagian di minta membayar 1 ringgit kepada ketua bilik. Bayaran ini sebagai modal untuk membeli maggi dalam skala yang agak banyak. Sebiji baldi sebagai peralatan penting perlu ada. Dan yang paling penting ialah seorang budak junior yang di gunakan untuk mengangkut air panas sebaldi. Pada masa ini, budak junior adalah asset buruh yang paling bernilai. Junior yang nerd dan ulat buku sememangnya menjadi rebutan ramai untuk mendapatkan air panas yang berkualiti tanpa di campur dengan air paip.

Makan maggi dalam baldi biasa akan di ketuai oleh ketua bilik yang paling gangster; biasanya senior yang kelas bawah sekali. Beliau akan menggaulkan maggi tersebut di dalam baldai sambil yang lain duduk berselawat. Ini adalah amalan yang di terapkan oleh ustaz-ustaz sekolah aku. Selawat sangat penting, selawatlah di mana-mana sahaja. Lepas siap gaul, makan je la. Kalau siapa makan guna sudu dia rugi la. Nak untung lebih, kaut je guna tangan.

Teknik Keempat: Makan sendirian dengan cara paling rare.

Ini teknik last sekali. Aku malas dah nak tulis. Teknik ni aku pernah buat secara tak sengaja masa aku form 5. Maksudnya masa aku senior la. Masa tu, waktu dah nak maghrib, tapi aku lapar gilababi ni. budak pengawas form 3 dan form 4 dan memekik suruh pergi masjid. Aku senior berhati waja, aku langsung tak pedulikan ape budak tu mengarut, especially si Burn, pengawas yang berbulu lebat. Ada orang cakap dia tu cimpanzi jadian. Orang cakap la, aku tak cakap pun. Masa tu aku tengah menatang plastic yang penuh dengan air panas serta berisi maggi. Plastic tu aku letak elok2 tepi dinding dengan kestabilan yang terjamin. Aku pergi mandi cepat-cepat sebab lapar. Burn, si pengawas berbulu lebat masih memekik-mekik depan mikrofon macam beruk baru dapat mikrofon. Junior-junior yang penakut seakan-akan hilang pertimbangan akal berlari ke surau. Takut betul diorang ni, aku rileks je. Aku keluar dari tandas, capai maggi aku yang dah masak tu dan aku menuju ke bilik. Sesampainya aku di koridor bilik, seekor junior melanggar bahu aku dalam keadaan hilang pertimbangan berlari ke surau. Maggi aku jatuh atas lantai, tapi sebab aku lapar aku hilang pedoman diri.

Aku letak perencah maggi goreng, aku gaul slow-slow, last sekali aku letak kriuk kriuk asli. Memang sedap, atas koridor tu jugak aku bersantap,. Sedang enak menikmati juadah, datang sepasang kaki depan aku, satu kanan dan satu kiri. Cikgu Zaleee, selaku warden,  guru disiplin dan guru bertugas pada minggu itu. Dia nampak aku dan pandang aku dengan penuh kehairanan. Tapi dari raut wajahnya aku tahu dia agak bersimpati kepada aku.

“awak ni dah kenapa Rafael(bukan nama sebenar)? Makan atas lantai macam orang tak betul.”
“maafkan saya cikgu, saya lapar sangat.” Sambil aku membuat muke simpati yang comel.

“Ok,malam nanti lepas isyak kamu tak payah pergi kelas prep. Kamu ikut saya makan kat luar, saya belanja kamu. Dah, cepat pergi siap ke surau.”

“baik cikgu. Sekarang jugak saya bersiap”

Malam itu aku makan nasi goreng USA bersulam air tembikai laici. Aku pelajar paling bertuah malam itu.

Sejak hari itu, kisah cikgu Zalee belanje aku menjadi bualan ramai. Aku lihat ramai buat-buat makan atas lantai koridor dengan harapan cikgu Zalee nampak. Tapi malangnya, perbuatan mereka itu bodoh dan sia-sia. Kahkahkah



sekian