"Roti Tampal itu enak. Ke enak kan harus di kongsi bersama. Bersama mengecapi nikmat hidup, mencapai inzal kehidupan dunia."

Friday, 25 October 2013

Dragon Ball Dan Kelas Prep Hari Sabtu

               Pelajar asrama yang letaknya terpencil di dalam hutan sememangnya menginginkan hiburan dan keseronokan untuk kemajuan diri. TV adalah salah satu sumber untuk memajukan diri selain daripada kelas prep petang dan prep malam di mana kita belajar cara untuk memikat hati awek junior di sekolah. Setiap hari sabtu ade kelas prep jugak. Engko mesti tahu kan macam mana cilake nye rase pagi-pagi sabtu kena bangun pagi pergi kelas? Bangun subuh tu jangan la engkorang pertikaikan. Benda tu dah wajib. Maksud aku, lepas subuh tu, tidur sekejap, pastu kena bangun pergi kelas. tak best langsung perasaan tu.
               Disebabkan mengikut peraturan dan tidak mahu menghampakan duit yuran yang parents dah bayarkan, aku tetap pergi ke kelas prep pagi sabtu tu. Ada jugak yang degil tak pergi prep pagi, tapi last-last, aku tengok diorang datang jugak ke kelas sambil di temani warden. Ada yang datang pakai kain pelikat pun ada. Kahkahkah dah la sekolah dalam hutan, budaya macam orang asli. Mujur aku tak pernah kena macam ni. kalau tak, malu la aku di depan berpuluh-puluh secret admire aku nanti.

               Waktu prep pagi tu, aku boleh gerenti hanya beberape presen (%) je yang focus sebenarnya. Yang lain, focus ke benda lain la. Macam aku, focus pada pelajaran sudah menjadi kepastian. Kalau Nik, Poji, dan Pais mereka banyak focus pada masalah cinta mereka dengan budak form 3. Aku malas nak layan benda-benda cinta ni. Cukup la bila ade hari “Request Day” meja aku penuh dengan hadiah dari siapa-siapa entah.

               Pukul 9 pagi, kelas prep pun habis dan pelajar-pelajar yang true lelaki akan beerlari bagaikan hysteria balik ke asrama. Dulu pernah sekali aku tengok da macam aktiviti merentas desa pun ada. Mereka bukan main semangat lagi berpusu-pusu balik ke asrama semata-mata untuk mendapatkan tempat di dalam bilik TV. Dalam masa tak sampai 5 minit, bilik tv tu akan padat macam sardine. Ada jugak yang memanjat-manjat tingkap. Aku syak keturunan yang panjat-panjat tingkap ni dah biasa duduk di kawasan sekeliling asrama aku ni, kawasan hutan. Semua mata tertumpu pada kaca tv melihat watak goku, bezita, piko dan lain-lain.

Aku dapat lihat kegembiraan di dalam riak muka sorang-sorang. Di saat ini lah budak-budak sekolah aku menikmati kegembiraan abadi. Masalah dan kerja sekolah bagaikan hilang seketika. Banyangan muka warden semuanya lenyap pada fikiran ibarat di “KA ME HA ME HA” kan oleh Goku bergabung dengan Bezita.



Terima kasih Drogon Ball. Anda menceriakan kami. Love you Goku, Bezita, Kurin, Piko, Cell, majin Bu, Pendekar Penyu, 16, 18, dan lain-lain. <3 

Tuesday, 1 October 2013

Koleksi Sembang Lebat: Waja Tangki Lori

Itu malam, malam minggu. Aku sama wakjenal lepak-lepak dekat tepi court badminton membincangkan hal-hal isu semasa dan juga hal berkaitan korupsi politik, isu video pondan menari di youtube dan macam-macam lagi. Kalau aku tulis semua benda, sampai minggu depan tak habis korang baca.

Aku dan jenal borak bukan main pum pang pum pang lagi. Borak-borak jugak, kuaci kat mulut tetap jalan. Memang sedap makan kuaci sambil borak-borak, di temani asap rokok jenama Pine kaler merah. Wakjenal bukan main puji lagi rasa rokok Pine kaler merah tu sedap sangat. Memang lah dia rasa sedap sebab dekat 5 batang jugak rokok Pine kaler merah aku kena tibai dengan dia. Mujur aku ni pemurah dan baik hati walaupun luaran aku nampak gangster macam tailong. Kitorang teruskan berborak hal duniawi. Tak semua hal duniawi, ada la sikit-sikit hal agama yang kami bincangkan seperti kitaran haid wanita, cara mandi wajib, persetubuhan mengikut syariat dan tak kurang juga tentang doa qunut. Kitorang berdua masing-masing cuba nak ingat balik doa qunut panjang. Qunut pendek kitorang dah hapal siap dengan taranum sekali baca doa qunut.

Borak dan borak lagi. Sampai masuk topik minyak kereta. Masa borak pum pang pum pang, datang sorang member aku ni. Dia punya hensem macam pelakon sinetron, dia punya duit banyak macam tokey gula, tapi dia tetap pow kuaci aku jugak. Oh lupa, nama dia ikrami. Ada gaya arab+indon sikit dalam nama dia. Tapi muka dia indon je. Perangai celaka la sikit. Dia cakap dia baru balik dari meeting. Aku tak amik port pun. Lantak kau la nak gi meeting ke ape. Hahaha aku ketawa sendiri macam org halusinasi isap ganja.

"Kau pehal ketawa tiba-tiba?" Ikrami menyoal aku.
"Takde ape lah. Aku tersedak sebenarnya makan kuaci ni." Aku balas acuh tak acuh. Aku pun sambung borak pasal minyak kereta.
"Aku punye minyak kereta isi 20 ringgit baru naik satu takuk. Macam gampang je meter minyak kereta aku."
Tiba-tiba Ikrami menyampuk.
"Kereta kat rumah aku, kereta waja, isi 50 ringgit baru satu takuk. Fulltank 200 ringgit baru penuh."
Aku dan wakjenal terkedu kejak. Bunyi cengkerik ketawa makin kuat. Aku dan wakjenal terus diam. Ikrami beransur pulang.
"Bodoh, itu meter minyak dia rosak." Wakjenal memberi respon selepas Ikrami dah blah jauh-jauh.

Kahkahkahkahkah
Aku dan wakjenal ketawa macam orang mabuk isap ganja. Nak tipu pun agak-agak la si Ikrami ni. Kereta Waja dia sejak bila tukar tangki minyak lori?


Mujur dia cakap 200 ringgit baru fulltank. Kalau dia cakap 200 liter baru fulltank, memang malam tu ada yang mati minum petrol..