"Roti Tampal itu enak. Ke enak kan harus di kongsi bersama. Bersama mengecapi nikmat hidup, mencapai inzal kehidupan dunia."

Monday, 11 November 2013

Kisah Entah apa-apa: Burung tidak boleh terbang reverse

Pada suatu malam yang lapar dan suram, semua orang lapar masa tu. Termasuk aku. Member-member aku ajak “fly”. Kalau fly pun korang tak tahu, nanti dah ada anak, hantar anak kau tu masuk asrama, lepas tu tanya dia fly tu apa.

Keadaan perut yang memaksa membuatkan aku bersetuju untuk bersetuju mengikut Ramlan dan Romi pergi fly. Malam itu kami bertiga menjadi penyelamat umat yang kebuluran dek kerana masakan dewan makan yang tak standing dengan citarasa perut.

Pukul 1 pagi ekspedisi bermula. Langkah di atur begitu strategic. Kami bertiga ada gaya ninja Naruto cuma yang membezakan kami hanyalah kami tak boleh terbang mengarut-ngarut dan tak pakai kostum bangang macam tu. Laluan pertama namanya “Jalan Babi”. Sebabnya kat situ memang tempat babi lalu. Kalau nak lalu kat situ tanpa orang lain perasan, buat la gaya babi. Mesti terselamat.

Laluan kedua, tangki air. Tangki air ni mercu tanda sekolah aku sebab tu la benda paling tinggi sekali kat situ. Ianya menjadi kebangaan warga sekolah dan acara-acara grand seperti memacak bendera sempena merdeka wajib dilakukan di situ. Tangki air tu bersebelahan dengan pagar yang menghubungkan dunia asrama dengan dunia yang lebih bebas dan bertamadun serta dilimpahi dengan makanan-makanan enak. Laluan kedua ini di kategorikan sebagai laluan mudah. Bagi pakar seperti kami, ianya tiada masalah.
Seterusnya, laluan ketiga, pagar kebebasan. Pagar ini tak tinggi. Kalau tinggi pun tak kisah sebab da banyak lubang yang di tebuk hasil kreativiti pelajar seperti kami. Kini kami di dunia sebanar, dunia penuh dengan makanan dan juga muzik-muzik hebat. Jika di asrama, kami hanya dengar nasyid saje tapi di sini kami mampu mendengar lagu-lagu New Boyz untuk di dendangkan kepada awek-awek di kelas nanti.

“Bang, nasi goreng pattaya bungkus 13. Ramai nak makan ni.” Romi kasi order selamba.

“Amboi, banyok betei. Aokmer 3 orang makan 13 bungkkuih?” Waiter tanye soalan meragukan sambil menggaru kepala.

“Aku suruh bungkus, bungkus je la. Budak-budak aku dah lapar ni. jangan sampai kau aku bungkus nanti” Gangster betul aku marah brader waiter tu. Kalau aku ingat balik aku mase marah tu, aku sendiri pun takut dengan diri sendiri. Gangster betul.

“Ok ok ok.. maaf abang. Nanti saya masak spesial punya abang” Tiba-tiba waiter tu bertukar jadi bangla sebab dah takut sangat.

“weh, aku nak g tandas jap ni. nak berak ah pulak” Ramlan bertutur terketar-ketar. Tangan kanan pegang perutm tangan kiri pegang bontot. Aku tengok memang tak boleh tahan betul dia tu nak terberak.

“Lama dah sampai? Order apa?” satu suara yang macam aku kenal tepuk bahu aku.

“Aku tempeh nasi goreng pattaya la ni. Cepat betul kau berak Lan, kau basuh ke tak?” Romi selamba je jawab sambil hirup the ais sambil menonton perlawanan ulangan kelab bawahan liga, Arsenal lawan Portsmouth United.

Aku dah nerves gilababi da ni. aku tahu tu suara cikgu Zainuddin. Cikgu tu cikgu paling ganas kat sekolah aku. Dia pernah menang anugerah guru paling ganas peringkat Zon dan Daerah. Cuma peringkat negeri dia tak pergi sebab demam. Sekali Romi mengalih pandangannya, terus bersembur teh Ais dia. Kesian brader waiter yang dari melayu berubah menjadi bangla tetiba tu basah kena sembur.

Aku dengan Romi tak ubah seperti banduan. Kami berdua balik naik kereta Cikgu Zainuddin. Malam tu aku ngan Romi bukan main enak lagi tidur dekat bilik warden. Tidur atas sofa sambil sambung tengok game bola dekat Tv tadi.

Esok pagi kami berdua rileks je bangun lewat, dan terus ke bilik warden. Standard la dekat bilik warden mesti kena marah kaw-kaw punya. Aku buat muka selamber je. Orang macam aku budak-budak gelarkan hati kental.

“saya akan bagitahu pasal kamu dekat parents kamu sekarang!” Cikgu Zainuddin bertutur menggunakan ayat skema sambil jarinya begitu nakal cuba menekan-nekan nombor di telefon bimbitnya yang murah dan langsung tak memikat hati pelajar untuk memilikinya.

Pada saat itu, hati kental mana pun akan jadi hati tisu. Aku dah mula cuak ni. tengah-tengah cuak, aku nampak Ramlan berjalan di luar bilik warden. Dia ketawa macam orang gila. Aku tak puas hati betul.
Lepas habis cerita aku dengan Cikgu Zainuddin, aku pergi kantin lepak makan kejap sebab lapar. Lagipun lagi 5 minit budak nak rehat dah. Kringgggg Kringgggg bunyi loceng menandakan masuknya waktu rehat bagi pelajar tingkatan 4 dan 5.

Aku nampak Ramlan jalan menyorok-nyorok. Aku dan Romi pergi dekat dia dalam keadaaan muka yang begitu bengis sekali. Semua budak-budak jadi takut dan memberi laluan kepada kami seperti yang anda semua lihat dalam filem tamil dan Hindustan.

“Woi, macam mana kau tak kena tangkap semalam?” Aku bertanya penuh sopan santun.

“Sori la wey. Sebenarnya aku dah nampak Cikgu Zainuddin baru datang lepas aku keluar dari tandas tu. “
“Dah tu apehal kau tak pergi je kat kitorang?” Romi tanya soalan bodoh.

“Bangang la ko ni Romi. Takkan la aku nak patah balik. Burung mana boleh terbang reverse (Apa yang dimaksudkan oleh Ramlan disini ialah, Mustahil)!. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak dah pergi berak pastu nampak cikgu, memang aku stay je la tepi tandas.” Ramlan memang biasa menggunakan bahasa kiasan yang entah apa-apa. Down jugak aku sebenarnya dengan perumpamaan dia. Tapi yang burung tak boleh terbang reverse ni aku dah selalu dengar.


“Gini la member.” Aku tacing habis masa tu.

Friday, 8 November 2013

Teknik Maggi

Makan maggi dekat asrama ni trend biasa je sebenarnya. Apa yang membezakan pengalaman maggi di sekolah berasrama ini ialah cara maggi itu di makan. Cara makan maggi ni jugak menunjukkan tahap survival seseorang pelajar tersebut. Kalau makan maggi dalam bekas makanan biasa, itu kedekut namanya. Hidup kat asrama ni kalau kedekut alamatnya memang kena pulau la engko. Silap-silap kena bogel macam budak pondan (tu kat sekolah aku je la, kalau sekolah lain aku tak tahu). Ni aku nak cerita beberape teknik makan maggi yang agak professional yang aku peratikan sepanjang 5 tahun aku di asrama dalam hutan.

Teknik Pertama: Makan maggi bersendirian.

Ini teknik biasa makan maggi. Makan maggi sorang-sorang tanpa ajak member dan hanya menggunakan bekas yang dapat memuatkan sebungkus maggi. Teknik ini banyak dipraktikkan oleh pelajar junior yang baru masuk dan masih tidak mengenal erti ukhwah atau dalam bahasa inggeris, di panggil Brotherhood. Biasanya teknik makan sebegini hanya bertahan selama setengah tahun.

Teknik Kedua: Makan maggi secara Rahsia.

Teknik ini menyemai sikap kedekut yang melampau-lampau. Menurut pemerhatian aku, aku ade seorang kawan yang berbadan kecil yang begitu mempraktikkan amalam ini dalam pemakanan maggi sehariannya. Kebiasaannya, beliau akan senyap-senyap mengambil air panas di water cooler dengan gaya selamba dan cepat. Kemudian, bekas berisi air panas tersebut diletak didalam locker dan kemudian diisi pula dengan maggi. Locker ditutup serapatnya, mungkin dia bayangkan locker tu macam oven aku pikir la. Maggi dah siap, dia akan slow-slow turun dari katil dan menghampiri locker. Pintu locker dibuka begitu sikit sekali hanya memuatkan kepalanya. Setel 1 suap, dia tutup pintu locker dan kembali berlegar2 ke  arah rakan-rakan sambil beramah mesra dan bertanya khabar. Lepas beberape ketika, dia kembali ke locker hingga habis maggi tersebut. Aku kira-kira dalam 6 7 trip jugak la dia ulang alik ke locker.
Dengan cara ini, makanan terhadam dengan bagus sekali. Amalkan dan nantikan sepak terajang dari member-member.
Teknik ketiga: Makan maggi secara berjemaah.
Kebiasaan, teknik ini digunakan untuk meraikan sesuatu festival seperti malam minggu ataupun tamat exam pertengahan tahun. Teknik ini sangat mudah. Kebiasaannya, setiap peserta yang ingin mengambil bahagian di minta membayar 1 ringgit kepada ketua bilik. Bayaran ini sebagai modal untuk membeli maggi dalam skala yang agak banyak. Sebiji baldi sebagai peralatan penting perlu ada. Dan yang paling penting ialah seorang budak junior yang di gunakan untuk mengangkut air panas sebaldi. Pada masa ini, budak junior adalah asset buruh yang paling bernilai. Junior yang nerd dan ulat buku sememangnya menjadi rebutan ramai untuk mendapatkan air panas yang berkualiti tanpa di campur dengan air paip.

Makan maggi dalam baldi biasa akan di ketuai oleh ketua bilik yang paling gangster; biasanya senior yang kelas bawah sekali. Beliau akan menggaulkan maggi tersebut di dalam baldai sambil yang lain duduk berselawat. Ini adalah amalan yang di terapkan oleh ustaz-ustaz sekolah aku. Selawat sangat penting, selawatlah di mana-mana sahaja. Lepas siap gaul, makan je la. Kalau siapa makan guna sudu dia rugi la. Nak untung lebih, kaut je guna tangan.

Teknik Keempat: Makan sendirian dengan cara paling rare.

Ini teknik last sekali. Aku malas dah nak tulis. Teknik ni aku pernah buat secara tak sengaja masa aku form 5. Maksudnya masa aku senior la. Masa tu, waktu dah nak maghrib, tapi aku lapar gilababi ni. budak pengawas form 3 dan form 4 dan memekik suruh pergi masjid. Aku senior berhati waja, aku langsung tak pedulikan ape budak tu mengarut, especially si Burn, pengawas yang berbulu lebat. Ada orang cakap dia tu cimpanzi jadian. Orang cakap la, aku tak cakap pun. Masa tu aku tengah menatang plastic yang penuh dengan air panas serta berisi maggi. Plastic tu aku letak elok2 tepi dinding dengan kestabilan yang terjamin. Aku pergi mandi cepat-cepat sebab lapar. Burn, si pengawas berbulu lebat masih memekik-mekik depan mikrofon macam beruk baru dapat mikrofon. Junior-junior yang penakut seakan-akan hilang pertimbangan akal berlari ke surau. Takut betul diorang ni, aku rileks je. Aku keluar dari tandas, capai maggi aku yang dah masak tu dan aku menuju ke bilik. Sesampainya aku di koridor bilik, seekor junior melanggar bahu aku dalam keadaan hilang pertimbangan berlari ke surau. Maggi aku jatuh atas lantai, tapi sebab aku lapar aku hilang pedoman diri.

Aku letak perencah maggi goreng, aku gaul slow-slow, last sekali aku letak kriuk kriuk asli. Memang sedap, atas koridor tu jugak aku bersantap,. Sedang enak menikmati juadah, datang sepasang kaki depan aku, satu kanan dan satu kiri. Cikgu Zaleee, selaku warden,  guru disiplin dan guru bertugas pada minggu itu. Dia nampak aku dan pandang aku dengan penuh kehairanan. Tapi dari raut wajahnya aku tahu dia agak bersimpati kepada aku.

“awak ni dah kenapa Rafael(bukan nama sebenar)? Makan atas lantai macam orang tak betul.”
“maafkan saya cikgu, saya lapar sangat.” Sambil aku membuat muke simpati yang comel.

“Ok,malam nanti lepas isyak kamu tak payah pergi kelas prep. Kamu ikut saya makan kat luar, saya belanja kamu. Dah, cepat pergi siap ke surau.”

“baik cikgu. Sekarang jugak saya bersiap”

Malam itu aku makan nasi goreng USA bersulam air tembikai laici. Aku pelajar paling bertuah malam itu.

Sejak hari itu, kisah cikgu Zalee belanje aku menjadi bualan ramai. Aku lihat ramai buat-buat makan atas lantai koridor dengan harapan cikgu Zalee nampak. Tapi malangnya, perbuatan mereka itu bodoh dan sia-sia. Kahkahkah



sekian

Friday, 25 October 2013

Dragon Ball Dan Kelas Prep Hari Sabtu

               Pelajar asrama yang letaknya terpencil di dalam hutan sememangnya menginginkan hiburan dan keseronokan untuk kemajuan diri. TV adalah salah satu sumber untuk memajukan diri selain daripada kelas prep petang dan prep malam di mana kita belajar cara untuk memikat hati awek junior di sekolah. Setiap hari sabtu ade kelas prep jugak. Engko mesti tahu kan macam mana cilake nye rase pagi-pagi sabtu kena bangun pagi pergi kelas? Bangun subuh tu jangan la engkorang pertikaikan. Benda tu dah wajib. Maksud aku, lepas subuh tu, tidur sekejap, pastu kena bangun pergi kelas. tak best langsung perasaan tu.
               Disebabkan mengikut peraturan dan tidak mahu menghampakan duit yuran yang parents dah bayarkan, aku tetap pergi ke kelas prep pagi sabtu tu. Ada jugak yang degil tak pergi prep pagi, tapi last-last, aku tengok diorang datang jugak ke kelas sambil di temani warden. Ada yang datang pakai kain pelikat pun ada. Kahkahkah dah la sekolah dalam hutan, budaya macam orang asli. Mujur aku tak pernah kena macam ni. kalau tak, malu la aku di depan berpuluh-puluh secret admire aku nanti.

               Waktu prep pagi tu, aku boleh gerenti hanya beberape presen (%) je yang focus sebenarnya. Yang lain, focus ke benda lain la. Macam aku, focus pada pelajaran sudah menjadi kepastian. Kalau Nik, Poji, dan Pais mereka banyak focus pada masalah cinta mereka dengan budak form 3. Aku malas nak layan benda-benda cinta ni. Cukup la bila ade hari “Request Day” meja aku penuh dengan hadiah dari siapa-siapa entah.

               Pukul 9 pagi, kelas prep pun habis dan pelajar-pelajar yang true lelaki akan beerlari bagaikan hysteria balik ke asrama. Dulu pernah sekali aku tengok da macam aktiviti merentas desa pun ada. Mereka bukan main semangat lagi berpusu-pusu balik ke asrama semata-mata untuk mendapatkan tempat di dalam bilik TV. Dalam masa tak sampai 5 minit, bilik tv tu akan padat macam sardine. Ada jugak yang memanjat-manjat tingkap. Aku syak keturunan yang panjat-panjat tingkap ni dah biasa duduk di kawasan sekeliling asrama aku ni, kawasan hutan. Semua mata tertumpu pada kaca tv melihat watak goku, bezita, piko dan lain-lain.

Aku dapat lihat kegembiraan di dalam riak muka sorang-sorang. Di saat ini lah budak-budak sekolah aku menikmati kegembiraan abadi. Masalah dan kerja sekolah bagaikan hilang seketika. Banyangan muka warden semuanya lenyap pada fikiran ibarat di “KA ME HA ME HA” kan oleh Goku bergabung dengan Bezita.



Terima kasih Drogon Ball. Anda menceriakan kami. Love you Goku, Bezita, Kurin, Piko, Cell, majin Bu, Pendekar Penyu, 16, 18, dan lain-lain. <3 

Tuesday, 1 October 2013

Koleksi Sembang Lebat: Waja Tangki Lori

Itu malam, malam minggu. Aku sama wakjenal lepak-lepak dekat tepi court badminton membincangkan hal-hal isu semasa dan juga hal berkaitan korupsi politik, isu video pondan menari di youtube dan macam-macam lagi. Kalau aku tulis semua benda, sampai minggu depan tak habis korang baca.

Aku dan jenal borak bukan main pum pang pum pang lagi. Borak-borak jugak, kuaci kat mulut tetap jalan. Memang sedap makan kuaci sambil borak-borak, di temani asap rokok jenama Pine kaler merah. Wakjenal bukan main puji lagi rasa rokok Pine kaler merah tu sedap sangat. Memang lah dia rasa sedap sebab dekat 5 batang jugak rokok Pine kaler merah aku kena tibai dengan dia. Mujur aku ni pemurah dan baik hati walaupun luaran aku nampak gangster macam tailong. Kitorang teruskan berborak hal duniawi. Tak semua hal duniawi, ada la sikit-sikit hal agama yang kami bincangkan seperti kitaran haid wanita, cara mandi wajib, persetubuhan mengikut syariat dan tak kurang juga tentang doa qunut. Kitorang berdua masing-masing cuba nak ingat balik doa qunut panjang. Qunut pendek kitorang dah hapal siap dengan taranum sekali baca doa qunut.

Borak dan borak lagi. Sampai masuk topik minyak kereta. Masa borak pum pang pum pang, datang sorang member aku ni. Dia punya hensem macam pelakon sinetron, dia punya duit banyak macam tokey gula, tapi dia tetap pow kuaci aku jugak. Oh lupa, nama dia ikrami. Ada gaya arab+indon sikit dalam nama dia. Tapi muka dia indon je. Perangai celaka la sikit. Dia cakap dia baru balik dari meeting. Aku tak amik port pun. Lantak kau la nak gi meeting ke ape. Hahaha aku ketawa sendiri macam org halusinasi isap ganja.

"Kau pehal ketawa tiba-tiba?" Ikrami menyoal aku.
"Takde ape lah. Aku tersedak sebenarnya makan kuaci ni." Aku balas acuh tak acuh. Aku pun sambung borak pasal minyak kereta.
"Aku punye minyak kereta isi 20 ringgit baru naik satu takuk. Macam gampang je meter minyak kereta aku."
Tiba-tiba Ikrami menyampuk.
"Kereta kat rumah aku, kereta waja, isi 50 ringgit baru satu takuk. Fulltank 200 ringgit baru penuh."
Aku dan wakjenal terkedu kejak. Bunyi cengkerik ketawa makin kuat. Aku dan wakjenal terus diam. Ikrami beransur pulang.
"Bodoh, itu meter minyak dia rosak." Wakjenal memberi respon selepas Ikrami dah blah jauh-jauh.

Kahkahkahkahkah
Aku dan wakjenal ketawa macam orang mabuk isap ganja. Nak tipu pun agak-agak la si Ikrami ni. Kereta Waja dia sejak bila tukar tangki minyak lori?


Mujur dia cakap 200 ringgit baru fulltank. Kalau dia cakap 200 liter baru fulltank, memang malam tu ada yang mati minum petrol..

Tuesday, 24 September 2013

Kisah Kejam: Pembunuh Tanpa Upah

Sebagai seorang pelajar yang mendiami asrama yang usang dan tak canggih, kami di paksa pergi ke kelas prep petang dan malam. Asrama yang ada hanya dijadikan tempat untuk tidur dan kadang-kadang tempat untuk membuli pondan. Tidak kurang juga tempat untuk melepaskan ketagihan nikotin di tandas asrama.

Setiap kali prep malam, kami di hantui oleh bunyi yang kurang menyenangkan. Kalau duduk sorang-sorang dalam gelap, boleh terkencing dalam seluar jugak. Tapi biasanya waktu prep malam, pelajar akan bukak lampu sebab pelajar kebanyakannya masih ada akal. Kebiasaannya waktu prep malam di gunakan untuk menyiapkan kerja sekolah dengan cara meniru buku pelajar perempuan. Pada masa ini, budak lelaki tak kisah dah perempuan tu cantik ke tak, janji kerja sekolah siap. Prep sesi petang biasanya di gunakan untuk tidur bagi budak lelaki yang loser takde makwe dan berjalan ke kelas makwe bagi budak lelaki yang hensem macam aku.

Aku ada kawan loser sorang. Nama dia muadz, orang panggil dia Kacang sebab dagu dia panjang dan dahi dia luas. Disebabkan malu di panggil Kacang, dia banyak diam dan menyendiri di kelas. Dia paling marah kalau orang bising. Bunyi seram yang selalu bising malam-malam tu pun dia marah jugak.

Petang itu hujan lebat bukan main, aku nak pergi kelas malam tu pun air cecah sampai buku lali. Mujur buku lali, kalau kena buku Biology Sasbadi yang cikgu Bio aku paksa beli tu, kompem esok kena paksa beli lagi. Masa ondewey ke kelas prep malam, aku nampak Muadz senyum sendirian sambil dia jalan angkat sikit seluar supaya tak kena air paras buku lali tu. Aku dengar dia bercakap sendirian.

“Malam ni siap kau! Akan aku bunuh kerabat kau. Kau tunggu!”  Bicara Muadz sendirian sambil tersenyum sinis lalu menampakkan dagunya senget sedikit.

Aku malas nak tegur orang pelik-pelik ni. Nanti tak pasal-pasal aku kena sampuk jadi pelik-pelik jugak. Aku terus jalan laju sikit ikut kelajuan angin menuju ke kelas. Prep malam berjalan macam biasa. Aku sibuk meniru  latihan add math kawan perempuan aku yang tidak ada rupa tetapi rajin sebab masa prep petang tadi aku bizi pergi kelas form 1 lepak dengan adik angkat.

Pukul 1055 minit malam, semua kelas kecoh sebab waktu prep sudah hampir habis. Aku tengok muadz sedang tekun membaca buku biology sasbadi. Aku menghampiri dia slow-slow, sekali aku tengok dia tengah baca buku Wira Tunggal. Buku biology sasbadi digunakan sebagai cover sahaja. Bijak jugak si Kacang ni. Aku tegur dia slow-slow.

‘weh jom la balik. Arini kat dewan makan ada roti inti kacang merah, air milo.” Macam biasa, aku memang dah hafal menu makanan kat dewan makan.

“kau balik lah dulu. Aku ada urusan penting nak diselesaikan. Kalau kau berani dan cukup ilmu, kau ikut la aku. Kalau penakut, pergi makan roti inti kacang merah cicah milo.” Muadz senang hati mencabar aku.

Aku memang pantang di cabar. Aku tinggalkan rasa enak roti inti kacang merah cicah milo demi membuktikan keberanian aku.

Aku ikut Muadz, dia ke belakang kelas mengambil sebatang kayu dan scoop sampah serta 3 biji batu bata merah bersamanya. Dia menuju ke pinggir blok kelas tingkatan 5. Di situ terdapat sebuah kolam misteri. Kelihatan banyak lembaga yang Muadz cari-cari bertenggek di situ. Muadz senyap seketika.

“Serang!!” Pekik Muadz bagaikan dirasuk jin hutan.

Muadz membaling batu bata ke arah lembaga tersebut. Hancur badan lembaga tersebut. Muadz teruskan membaling dan merejam. Ada yang terburai isi perut, ada yang pecah kepala, ada yang putus kaki dan tangan, tak kurang juga yang terbelah dua badannya. Aku jadi terpegun dan seronok sehingga kan tanpa sedar aku bertepuk-tepuk tangan sambil menghentak kaki setempat. Baru aku tahu punca bunyi seram tu.

Dalam perjalanan pulang, aku tanya Muadz.

“Mana kau tahu tempat tu? Ilmu apa kau guna bunuh diorang semua?”

“Aku dah lama kaji. Aku dapat ilmu pembunuh 80 petala langit ni masa aku tertido lepas baca buku Wira Tunggal minggu lepas.” Serius Muadz memberikan jawapan. Aku dah tahu dia mengarut, aku buat bodoh saja.

Esok pagi, aku ke bilik guru sebab nak buat consultation sikit tentang masalah disiplin pelajar yang semakin meruncing dan membimbangkan. Aku lalu depan bilik pengetua, aku nampak PokNik, tukang kebun sekolah kena marah.

“Macam mana bangkai katak tu boleh ada dalam kolam ikan tu? Dah la banyak, busuk pulak tu. Saya nak ianya di bersihkan sebelum pukul 10 pagi sebab nanti ada orang dari pejabat pelajaran daerah nak datang melawat.” Marah betul nada pengetua tu. Kesian jugak aku tengok PokNik kena marah dengan pengetua gemuk.

Muadz senyum sendirian, aku pulak rasa bersalah. Aku bacakan Al-Fatihah untuk katak-katak yang terkorban tu. Aku harap dosa aku terampun.

Aku insaf kejap je. Lepas tu aku selalu follow Muadz bunuh katak hamper setiap malam sehinggakan aktiviti kami dapat di hidu oleh pihak PIBG  dan Koperasi sekolah. Kami berdua di panggil ke bilik pengetua serta merta.

“Ada saya upah kamu suruh bunuh katak-katak ni?”

“Takde cikgu’ jawab kami serentak.

“Dah tu kenapa sibuk nak bunuh katak tu?”

“Sebab….” Belum sempat Muadz menjawab, PAP!! Pengetua memberikan hayunan tapak tangan yang kencang ke pipi Muadz, dagu beliau senget sedikit.

“Oooo menjawab pandai!”

Kami berdua bengang, pengetua lagi bengang. Hari itu aku dan Muadz kena denda lompat katak keliling sekolah. Cramp jugak betis dan peha aku. Seminggu jugak lah aku berak dekat tandas duduk. Sejak itu, aku berubah menjadi belia yang cintakan katak. Aku dengar cerita Muadz sekarang dah jadi penjual katak kepada tokey-tokey cina sekitar Bandar Muadzam Shah.   


Thursday, 19 September 2013

Kisah Sedih: Pondan Hilang Teruna

Ni aku nak sambung cerita sebelum ni. Korang diam, biar aku cerita sorang. Korang baca je senyap-senyap.

Dendam aku dengan pondan yang report pasal aku isap rokok dalam tandas hari tu memang membara betul. Rasa kebas dekat bontot sebab kena rotan dulu masih tak hilang lagi. Lama betul rasa kebas kena rotan ni, lagi power kebas dia dari kesan guna gambir Sarawak. Aku dengan geng surau murtad aku siap-siap buat plan nak balas dendam. Kitorang buat meeting kat koridor belakang asrama tingkat 3. Kat situ sejuk,sambil-sambil tu port tu paling baik nak sekodeng awek aspuri pergi mandi. Tapi aku tak sekodeng, ustaz cakap berdosa, nanti mata ketumbit.

Pukul 1130 malam, semua kena tutup lampu. Sekolah nak jimat konon-kononnya. Aku dan geng aku, Kacang, Capang dan Itam bersama untuk memulakan rancangan yang telah di rancang rapi. Kami tunggu mangsa sudah lena. Setiap sorang bawak tali pinggang, jumlah semua tali pinggang jadi 4. Aku berdiri di bahagian timur laut, Kacang di bahagian barat laut, Capang ambik posisi barat daya dan si Itam posisi tenggara.

“Dalam kiraan 3 bahasa arab, kita mula. Ingat, bahasa arab, bukan bahasa lain.” Aku sebagai program manager bagi arahan gaya komando.

“satu, duaaaa, tigaaaaa” Aku kira perlahan-lahan. Semua geng aku duduk diam tak buat apa-apa.

“Bagus! Korang semua ikut arahan. Aku saje je kira dalam bahasa melayu nak tengok korang semua ni bijak tak macam aku.” Aku bagi alasan terbaik buat cover malu. Tapi riak muka aku sedikit pun tidak menunjukkan yang aku salah. Aku pandai cover.

“Wahiddd, ithnaniiii, salasaaaaaaa”

Selesai pengiraan bahasa arab, kami berempat memegang kaki dan tangan si pondan itu. Beliau yang gemuk menggelupur macam ikan hidup atas darat. Tapi kami kuat, kudrat si pondan tidak mampu melawan kudrat si sasa. Kaki dan tangan di ikat guna tali pinggang lalu di tambat pada penjuru katil. Si pondan jerit-jerit, si Itam jentik telur pondan lalu si pondan automatik terdiam. Senak agaknya.   

Waktu yang di tunggu-tunggu sudah tiba. Kacang sudah tak keruan, di sampuk setan agaknya. Dia tarik seluar tidur gambar pink phanter si pondan itu. Aku tengok rakus betul si Kacang ni. Dengan pondan gemuk pun ade selera ke? Pada masa yang sama, aku sempat lagi berdoa agak rakan aku dijauhkan dari menjadi homoseksual. Si pondan menangis-nangis. Mujur geng dia seorang lagi bilik lain. Kalau tak, dua orang pondan malam tu hilang teruna.

“Ni spender dia kita nak cabut jugak ke?” si Capang bagi cadangan sambil tanya soalan.

“Aku tak nak tengok. Kalau korang nak cabut, aku blah dulu la.” Aku balas cara matang. Aku tak sampai hati sebenarnya. Aku masih dapat dengarkan suara merdu pondan ni nyanyi lagu cindai itu hari. Hati aku masih tersentuh dengan bait-bait suara merdu si pondan itu.

Aku tinggalkan mereka bertiga lelaki dan seorang lelaki separuh masak tu. Aku balik bilik, aku tidur. Dendam aku dah terbalas.

Esok pagi waktu subuh aku cari Kacang, Capang dan itam. Mereka takde kat bilik. Kat bilik pondan pun takde. Aku biarkan mereka, azan subuh dah memanggil-manggil tu. Itu lebih penting. Dekat kelas aku cari jugak gang aku 3 orang ni. Masih tak jumpa, masa rehat aku teserempak dengan pondan tu kat kantin tengah beratur beli nasi goreng double telur mata sambal lebih. Itu standard menu orang gemuk kat sekolah. Kalau orang kurus, dia tak makan macam tu, dia belanja makwe-makwe je makan lepas tu pergi tandas sanggup minum air paip buat alas perut.

“Mana member aku yang semalam? Kau bunuh dia ke?” Aku tanya pondan tu dalam nada yang serius.

“Diorang kena gantung. Semalam warden check bilik lepas kau balik, diorang kantoi.” Pondan tu jawab jujur mengigil-gigil cuak sebab takut kena jentik telur lagi.

“kahkahkahkahkahkah” aku ketawa dalam hati kuat-kuat.

Aku pergi public phone, aku try tepon si Capang sebab telinga dia besar sikit, tak perlu aku cakap kuat-kuat.

“dengar cerita kau kat rumah sekarang ni. warden kasi kau cuti ke? Kahkahkah” Aku ketawa slow-slow sebab ramai orang kat public phone tu.

“Cilakee! Kau punya plan, kitorng yang kena. Siap kau kitorang masuk sekolah nanti, kau kena bogel.” Marah betul si Capang ni. Tapi aku cool je. Langsung tak cuak.

Ni aku nak kasi tahu kat engkorang semua, masa aku cakap aku nak blah tu, aku dah Nampak warden tengah round kawasan blok seberang. Aku malas bagitahu diorang semua sebab diorang tengah syok sangat aku perati. Sampai sekarang ni pun diorang tak tahu.


Kahkahkahkahkahkah 

Wednesday, 18 September 2013

Kisah Seram: Suara Merdu di Bilik Mandi

Dekat sekolah, aku budak baik. Setiap kali masuk waktu solat, aku terus pergi surau. Kalau aku lambat, bontot aku berbirat kena rotan dengan warden. Tapi aku bijak, aku mandi awal, aku tak suka berebut masa nak mandi, tak tenang nak melakukan aktiviti privasi.

Hari tu hari selasa, bulan berapa aku tak ingat, tarikh lagi la aku tak ingat. Tapi aku ingat waktu, pukul 6.15 minit petang. Member-member aku semua pergi main bola, tapi aku baik, aku duduk baca Ma’thurat kat bilik. Ustaz aku cakap bagus baca ma’thurat waktu pagi dan petang. Aku ni baik, aku ikut je arahan ustaz.  Lepas 5 kali aku khatam baca ma’thurat, aku bersiap nak pergi mandi sebab nak datang surau awal nak bentang sejadah sambil sapu tahi cicak. Ok, perenggan baru pulak.

Aku melangkah penuh santun pergi ke bilik air. Tangan kanan bawak bekas sabun, tangan kiri tengah sampu kepala, mulut aku gigit berus gigi. Aku nampak dua bilik mandi tepi dari kanan dah berpenghuni. Aku tukar niat nak pergi lepak jamban dulu sebeum mandi. Aku masuk tandas hujung sekali, aku keluarkan sebatang rokok dari bekas sabun aku bakar sedut asap pastu aku berak. Feeling berak dapat rokok ni memang sedap, lagi sedap dari makan burger proseriti mekdi. Tba-tiba aku dengar suara orang menyanyi.

Suara merdu 1: “Cindai lah mana tidak berkias”

Suara Merdu 2: “Jalinnya lalu rentak beribu”

Aku jadi seram sejuk, bulu roma berdiri tegak. Lalu aku tarik nafas, aku teran sikit, baru aku dapat keberanian. Aku pun sound la kuat-kuat.

Suara Merdu 3: “Gampang kau pondan dua orang. Nak nyanyi tempat lain lah!”

Baru aku tahu budak pondan mandi awal kat sekolah aku. Aku memang seram sejuk bila dengar suara pondan nyanyi lagu siti ni.  Sejak dari itu aku tak mandi awal dah, aku tak baca ma’thurt dah petang-petang, aku tak pergi surau awal dah, aku selalu turun padang main bola, lepas tu aku jadi kurus. Aku dengar cerita budak pondan tu masuk pertandingan perbahasan. Pondan memang suka bahas-bahas ni, aku suka kutuk pondan je. 

Oh lupa cerita, malam tu pondan tu report dekat warden aku isap rokok dalam tandas. Aku ade plan nak balas dendam, nanti aku cerita.  

Tuesday, 17 September 2013

Roti Tampal kasi salam

Aku penggemar roti tampal. 
Aku obses pada roti tampal, aku juga obess sebab roti tampal.

Kasi laluan roti tampal berkelana di alam maya. Minat itu harus di kongsi, bukan kedekut melantak seorang. Jangan di sangka mulut yang menguyah roti tampal tidak mampu menulis panjang. 

Salam dan izin megah di hambur, salam roti tampal berkuah campur.