"Roti Tampal itu enak. Ke enak kan harus di kongsi bersama. Bersama mengecapi nikmat hidup, mencapai inzal kehidupan dunia."

Monday, 9 February 2015

Koleksi CeriTahi (Cerita Hidup) : Anak Muda Malang

Langkah anak muda itu nampak sayu usai keluar dari bank. Lemah lembut bagaikan penari tarian piring. Wajahnya sugul, rambutnya serabut. Jelas di wajahnya begitu banyak masaalah yang membelengu pikirannya. Dia teruskan langkah sayunya ke arah parking motor. Sekali lagi raut wajahnya berkerut bila melihat jarum penunjuk minyak motor hampir-hampir menyentuh huruf E. Dia start motor, motor itu hidup. Dia pulang ke rumahnya dengan tenang sambil menunggang motosikal lejen yang disayangi. 

Makin lama motor itu makin semput, mujur nasibnya baik, motor itu sampai ke destinasinya. Tak perlu dia tolak motornya untuk balik ke rumah. Dia merenung tangga yang dipenuhi sampah sarap. Rumahnya di tingkat 3. Lif takde. Dia rase nak maki kontraktor yang bina rumah tu tapi dia tak tahu sape yang bina rumah tu. Bangunan rumah itu keseluruhannya 6 tingkat. Mengikut syarat, bangunan yang lebih dari 4 tingkat perlu ade lif. Persetankan pasal lif. Ade benda yang lebih menyanyat hati daripada kisah lif tersebut.

Kepalanya pening. Badannya bagaikan tidak bermaya. Dia mungkin kelaparan. Terus dia meluru ke dapur rumahnya. Tiada apa apa. Dia bukak peti ais. Juga takde ape ape kecuali botol air mineral dengan kapasiti separuh. Beras sudah habis. Sejak 2 hari lalu, dia hanya makan nasi koaong yang dibelinya di kedai makan berhampiran. Dia bawa pulang, dia gaul bersama kicap. Lalu dia makan sambil mempraktikkan ilmu makanan bayangan. Nasi berulam kicap kini terase enak bagaikan ade ayam goreng kepsi. 2 hari dia makan menggunakan teknik begitu. 

Malam itu dia tidak makan. Duitnya tinggal 20 sen. Hanya cukup untuk membeli gula gula mentos 4 bijik. Dicapainya kotak rokok. Ringan. Hanya ade sebatang sahaja. Dia bakar, dia hisap 3 sedutan dan dia padamkan. Jimat.

Malam itu malam yang panjang baginya. Perutnya kelaparan. Otaknya berserabut. Kepalanya tidak tenang. Mulutnya tidak lekang dengan makian. Semua benda serba tak kena. Kalah orang period. 

Malam itu, seperti malam malam sebelumnya, dia bertekad mahu pergi ke bank lagi bagi memantau kalau kalau gajinya sudah masuk dan dia berharap keajaiban motornya bertahan dengan minyak hampir hampir kering itu untuk ke tempat kerja.

Friday, 6 February 2015

Gejala Sembang Lebat & Kemas

Enkorang pernah ade member yang suka sembang kemas? Lain kata, sembang lebat? Aku kafang kadang fak jugak budak yang jenis sembang lebat ni. Sembang sembang, tak kemana jugak. Untuk kepuasan diri barangkali. Melihat orang lain kagum dengan caranya mungkin satu kepuasan untuk dia.

Sejak sekolah sampai aku masuk belajar kat U, aku ade member jenis sembang kencang ni. Zaman dekat U la paling ramai. Paling biase deme sembang pasal zaman sekolah diorang. Biase la, deme mesti la paling up paling power. Sembang mesti kemas bro. Tapi bila enko tanya member enko yang pernah satu sekolah dengan dia dulu, baru enko sedar yang enko kena kencing je. Enko dah sesat dalam kelebatan sembangannya. Enko akan kagum. 

Sembang lebat jugak salah satu cara enko nak mula berbicara. Dalam konteks mengorat awek, sembang lebat amat diperlukan untuk memudahkan enko untuk mengorat awek tersebut. Tapi kalau kantoi enko sembang lebat, masak enko dan secara autometiknye enko dilabel sebagai loser. Bukan setakat sembang kena kemas, cara nak putar belitkan sembangan lebat tu pun perlu ade skill. 

Mengikut kajian yang telah aku buat melalui aplikasi wechat, mengorat awek guna teknik sembang lebat ini sangatlah power. Dalam masa kurang dari 1 hari, enko akan dapat awek. Kalau nak mudah dapat awek, letak gambar hensem, pastu enko kena sembang lebat cakap yang enko ni maskulin sejati. Sebagai contoh, pergi gym, main futsal, berlatih tomoi, pergi cycling dan macam macam lagi walaupun hakikatnya enko hanya duduk main telo sahaja. Tidak dilupakan yang enko jugak perlu sembang lebat sikit mengenai budi pekerti enko. Sebagai contoh, enko bagitahu yang enko nak pergi bawak emak enko pergi pasar, jemput adik balik sekolah, masak sarapan untuk parents dan lain lain lagi. Ini mempercepatkan proses pencairan hati dan jiwa wanita tersebut yang begitu rapuh.

Gejala sembang lebat ini jugak tidak hanya merebak pada pemuda pemuda dan rakan sebaya. Kadang kadang ibubapa yang mengambil anak di sekolah pun sembang lebat jugak sesame deme. Lagi lagi mase mesyuarat PIBG. Semua ibubapa cakap sanggup bayar mahal mahal, bile cikgu buat murah, deme bantah, deme cakap demi pendidikan anak anak, mahal pun takpe. Tapi deme kena pikir ibubapa lain yang kurang kemampuan dari segi wang ringgit mahupun dollar. 

Bila depan mak bapak orang lain, cakap dengan anak sendiri bahasa omputih.
"Hey look that cat cat. Beautiful cat" Dengan cara percakapan yang konon konon british accent tapi kelakor.
Tapi bile dekat rumah, marah anak, habis keluar bahase ibunda.
"Mu ni bakpe babey sangat? Dasor babey" Hilang kemane entah British accent tadi. KahKahKah

Aku bagi perumpamaan je. Sebenarnya, aku tak suka jenis sembang lebat ni bukan ape, sebab bile enko dah terbiasa sembang lebat, enko hilang diri enko yang sebenarnya. Jadilah diri sendiri, jangan malu.

Dalam entry blog aku ni aku rase banyak jugak entry yang sembang lebat. Tapi rileks, tak macho la  kalau tak sembang lebat ye dak?

Thursday, 5 February 2015

Lancap Kucing

Petang Khamis, Aku ponteng kerja dengan alasan aku rase tak sedap badan. Memang badan aku tak sedap, lemak sane sini. Kalau badan sedap, dah lama aku ramai awek. Aku lepak diam-diam dalam bilik sewa aku yang begitu gah pada namanya tapi keadaan fizikalnya begitu sedih. 

"Meow... Meowwww... Meowwwwwwwwww" Itu bunyi seekor kucing. 
Aku tak bela kucing seekorpun di rumah sewa ni. Tapi bunyi suara kucing tu makin lama makin jelas. Makin jelas hingga gegendang telinga aku bergendang rentak kucing. 
Aku jadi hairan, dari mana datangnya kucing tersebut. Kenapa kucing tersebut mengiau ngiau? Bagaimanakah rupa kucing tersebut? 


Dalam kehairanan, terbit jugak rase sedih mengenangkan kucing aku di kampung halaman. Namanya Putih, hobinya mengawan. Aku rase di taman perumahan di kampung tu, kucing aku ialah bapak kepada anak-anak kucing yang berkeliaran tanpa tujuan hidup tetapi comel.


Kucing aku (Putih) bagaikan tuan besar di tempat itu. Dia hidup bagaikan raja. Makan bersuap, tidur berkipas, berak bercebok. Banyak kucing-kucing betina yang minat padanya. Tidak hairanlah mengapa hobinya suka mengawan.
Berbicara tentang kucing. Kucing tidak seperti anjing. Kucing boleh disentuh dan anjing jugak boleh disentuh tetapi wajib ke atas org islam untuk samak selepas sentuh anjing. Begitu jugak kalau anda ade kawan yang perangai serupa anjing, elok kiranya anda samak lepas anda balik melepak dengan mereka. 

..............

Zaman aku sekolah dulu, ada jugak kisah berkaitan kucing ni. Ihsan seorang pelajar yang cukup pintar dan juga nakal. Merangkap member aku yang tidaklah begitu rapat seperti gay yang kuat tacing. Kami member biasa biasa saja. Bile jumpa pun masih boleh tegur "Bro Bro *angkat tangan*". Baru la nampak macam budak bandar walaupun aku ni sekolah dalam hutan. 


Ihsan pencinta kucing. Suka bermain kucing. Satu hari, selesai solat jumaat, kami beratur di pondok bas kecil di tepi masjid. Di tepi pondok itu ade sepasang warga emas jual nasi lemak. Nasi lemaknya sedap, tetapi kenapa jual tengahari? Nasi lemak dimakan waktu pagi. Kucing takde kena mengena dengan nasi lemak tu. Tetapi pada hari itu, ade seekor kucing jantan duduk lepak dekat tepi pondok bas tu. Nak cakap dia seorg pelajar, sudah tentu bukan kerana dia seekor kucing. Lagipun dia tidak memakai baju melayu putih, songkok hitam dan sampin kotak kotak kuning ungu. 


Ihsan menghampiri kucing itu. Lalu di usap belai kucing itu. Mata kucing itu mengecil. Mungkin keseronokan dalam kegelian agaknya. Aku datang ke tempat Ihsan sambil memantau cara dia membelai kucing. Halus dan lembut gaya tangannya. Kucing itu terlentang. Terus dibelainya perut si kucing jantan itu. Aku lihat ade sesuatu muncul perlahan lahan di bawah perut kucing tersebut. 


"Oh, kote kucing rupanya. Kecik betul." Aku bermonolog sendirian.


Kucing itu begitu best nampaknya melayan belaian Ihsan. Nampaknya seperti kucing itu tengah stim. Matanya tertutup. Mungkin dia tengah membayangkan dia tengah buat projek dengan kucing betina paling cantik sekali persis Fazura. Bayangkan Fazura bertelinga kucing dan ade hidung macam kucing, lagi comel bukan?. Tidak lama selepas tu


"Croooooot...Croooooottttt" Cilake kucing tu pancut. First time dalam hidup.aku tengok kucing pancut. KahKahKah


"meoooooooow..meoooow..meooow..meow..meoo..." kucing itu mengiau tapi makin lama makin lemah. 

Mungkin kepenatan. Kucing itu cuba berlalu pergi, tp geraknya begitu slow. Aku memerhati dengan kusyuk. Ihsan ketawa tak henti-henti dari tadi sambil menceritakan kepada rakan rakannya tentang ke'terrer'an dia melancapkan kucing.


Bas sampai. Kami berebut naik bas. Malam tu Ihsan cerita lg kehebatan dia pada rakan rakan lain.

Thursday, 6 November 2014

Cerita Awek Comel Dan Booth Buku


Aku ade janji dengan Al-Haqim nak pergi bersiar-siar kat pesta buku lepas habis kerja pukul 5 nanti. Masa janji tu baru pukul 12 tengahari. Masa tu mata aku masih celik lagi. Tapi bila masuk pukul 3 petang, mata aku tak boleh blah dah. Berat dia lain macam. Aku rasa ini mesti penangan aku makan kari daging tengahari tadi kat kedai makcik Kelantan kat belakang opis aku. Kari dia sedap, tapi boleh bawak mengantuk. Sama macam ubat selsema, sedap tapi bila dah makan, ko akan mengantuk lehenets. Aku kemas laptop, aku simpan kertas-kertas, sampah-sampah aku selit dalam laci, dan aku terus blah balik bilik. Mengantuk dia lain macam, lebih mengantuk lagi daripada taip entry ni. 

Sesudah sampai di bilik, aku perati Al-haqim takde, oh aku lupa beliau masih kerja. Aku rebahkan badan, kuakkan ketiak dan rebahkan kepala. Tenang, indah dan makmur je aku rasa. Tak sampai 5 minit, aku lelap. Mengantuk sangat.

Pukul 5 petang iPhone 7 aku menggeletar riang tanpa suara sebab aku silentkan masa kat opis tadi. Tapi aku dapat rasakan gegarannya sebab iPhone tu aku letak atas perut. Petua orang ade mengatakan kalau letak phone atas perut, signal akan lebih kuat sebab pusat manusia itu sendiri akan bertindak seperti piring parabola (macam piring astro tu la). Lebih dalam pusat seseorang itu, lebih power signal yang dia dapat, kalau pusat dia tersembul, kurang la signal tersebut.

“Woi hang kat mana? Aku tunggu hang dekat masjid ni.” Al-Haqim bercakap menerusi telefon. Beliau adelah seorang remaja yang berasal dari Kedah dan selalu ke masjid.

“Aku kat bilik dah. Ngantok. Ko pegi je la sorang-sorang. Aku mengantuk sangat ni.” Tenang jawapan aku kepada Al-Haqim.

“Haaareee  yela yela.. aku pi sorang je la..” Al-Haqim membalas dengan nada sedikit kecewa.

Usai menjawab panggilan daripada Al-Haqim, rasa mengantuk aku hilang. Lalu aku pejam celik pejam celik mata untuk bersihkan habuk di perkarangan kornea mata. Aku dah tak rasa nak tido, aku lompat dari katil, capai sebatang rokok, bekas cordial sirap ros jenama F&N dan sebijik cawan yang entah pernah dibasuh ke tidak. Langkah seterusnya menuju ke water cooler yang letaknya tidak beberapa jauh dari pintu bilik. Slurrpppp sirap sejuk membasahi tekak kemudian asap rokok pula menerjah tekak. Rasa dahaga datang kembali bilamana saat asap rokok datang melalui tekak, kemudian slurrrppp sekali lagi dihirup air sirap tersebut kemudian dituruti dengan satu sedutan racun. Begitulah kitaran seorang pemuda bila bersama sebatang rokok.

Tidak lama kemudian, Al-Haqim pulang ke bilik. Wajahnya berseri-seri. Sedikit pun tak Nampak perasaan marah pada riak mukanya. Kemudian, aku Tanya dia apa khabar. Dia jawab khabar baik.

“Cun dohh marka (Awek) kat booth buku tadi. Cantik, manis sopan ayu bla bla bla bla….pakai spekmata…bla bla bla tudung labuh…blablabla… suka baca novel… blablabla…” Dengan penuh kesungguhan Al-Haqim menceritakan perihal wanita cantik yang di temui di booth buku. Aku hanya mampu mendengar sambil menahan perasaan sedikit jeles di dalam sudut hati.
…………………………………………………………………………………………………………

Selang 2 hari. Aku dan Al-Haqim bertekad untuk pergi kembali ke pesta bbuku tersebut. Kami bersemangat paai smart-smart, pakai minyak wangi dan juga gosok gigi. Sesampainya di booth yang dimaksudkan oleh Al-Haqim, di situ letaknya seorang bidadari buku, sedang tekun membaca buku. Lagaknya seperti seorang muslimah sedang membaca Al-Quran. Kami pergi menyapa  konon-konon hendak membeli buku.

“Assalamualaikum, buku yang ni je ke jual?” Aku menegur sopan.

“Haah, buat masa ni, buku-buku ni je la yang ada. Ada yang dah restock baru. Contohnya buku blablabla..blablabla.blablabla..blablabla” Tekun dan lancar percakapannya. Mau terpukau bila mendegar dan melihat cara penerangannya. Ibarat sang bidadari mengajar anaknya membaca. Aku dan Al-Haqim terpesona. Mata kami memandang tepat ke wajahnya.

“Awak berdua ni kerja kat sini ke?” Soalan wanita itu memecahkan angan-angan kami berdua.

“Haah, kami kerja kat sini. Engineer biasa-biasa je. Hehe” Al-Haqim menjawab sopan dan santun.

“Owhh ye ke? Suami saya pun engineer jugak. Tapi dia sibuk kerja, jadi saya pun buat part time jaga booth syarikat dia ni.” Begitu lancar wanita itu menjawab. Suaranya lembut tapi begitu tajam mengguris hati kami berdua terutamanya Al-Haqim.

Al-haqim terpaku, sedih tapi buat-buat cover. Lantas, segala idea-idea untuk berborak terus dilupakan. Terus kami berdua pilih buku untuk dibeli. Bila hati dah terguris, buku yang dipilih juga mungkin tak kena dengan jiwa.

Kami langkah lesu, Al-Haqim pergi kedai beli jejemput sotong dan segelas ice blended. Aku pula beli apam balik kecil tapi kurang rangup. Hari itu, yang manis semuanya tawar, bunga di hati gugur menjadi baja. Kami balik dengan rasa tertipu.

Sekian.




Tuesday, 22 April 2014

Bizi Gile

Lama giler aku tak update aku punye blog ni. Aku bizi giler kalah menteri. Bizi ape pun aku tak tahu lah. Nanti ade mase kalau aku rajin, aku kasi up seploh duaploh post dalam 1 hari.

Korang semua jaga-jaga la ye. sekali aku da up post baru, korang wajib baca. Baru aku rase tak sia-sia hidup aku. Korang tunggu jeeeee....

Wednesday, 19 February 2014

ABADI, Sebuah Mall dan pasaraya


Dekat Muadzam, ada satu pasaraya yang menjadi tumpuan ramai. Kalau di KL, pasaraya ni taraf dia macam Berjaya Time Square. Tapi dari segi fizikal, jauh berbeza macam kuman dengan gajah. Bangunan rumah kedai, takde eskelator mahupun lift,  peti ais buat simpan barangan sejuk beku kadang-kadang rosak dan harga barangan yang melambung tinggi merupakan antara ciri pasaraya ABADI. Itu adalah pasaraya terbesar yang ada di Muadzam. Kalau di KL, orang tak panggil pasaraya, orang akan panggil kedai runcit.

Depan pasaraya ABADI ni ada jalan raya yang muat untuk sebijik kereta je lalu, lepas jalan tu, ada satu tangga turun ke bawah, ke kawasan pasar lama. Dulu situ pasar, aku tak ingat dulu-dulu ada tak jual daging babi sebab orang asli ramai dekat situ. Tangga yang menghubungkan jalan atas dan jalan bawah tu menjadi tempat lepak untuk golongan mat belia macho orang asli Muadzam. Kadang-kadang aku pandang dah macam band dari Indonesia. Muka sorang-sorang tak payah cakap la berkarat macam mana. Rambut diorang paling power bagi aku. Macam-macam kaler ada, kuning, purple, pink, oren semua macam gampang serupa setan. Aku syak diorang ni terkena kejutan budaya kuning. Yang paling up kalau ade yang bawak awek sekali. Awek pun dua kali lima muka karat jugak. Rambut pun karat dan muka bajet macam beyonce.

Tempat paling jarang aku jumpe geng belia asli ni dekat Cyber Café. Mungkin diorang tak pandai main computer agaknya. Secara automatiknya mereka mungkin tak tahu kewujudan laman web porno. Muka je nampak karat, tapi hati dia aku rasa bersih lagi. tak macam ali dan najib senior aku, setiap kali pergi Cyber Café mesti layan hentai. Diorang cakap dosa kurang sikit kalau layan porno kartun kalau di bandingkan dengan gambar orang manusia real tak pakai baju seluar ni. aku tak paham ape-ape pun yang diorang cakap tu. Aku biasanya tak layan Cyber café ni. kalau pergi pun hanya untuk nak print lirik lagu band Simple Plan dan Linkin park.

Tak lama lepas aku bermaustautin kat Muadzam tu, kedai barangan murah tumbuh macam cendawan. Ade 2 3 kedai jual barang murah yang kadang-kadang takde fungsi pun sebenarnya kalau nak di beli. Sebagai contoh alat garu belakang dan jugak topi cowboy. Sejak kedai-kedai macam ni bukak, Adabi dah kurang pelanggan sebab Adabi jual barang mahal. Sekarang aku dengar cerita dah ade macam-macam jenis pasar raya kat situ. Traffic light pun dah ade.


Kadang-kadang aku rase kewujudan aku di Muadzam suatu masa dulu telah merancakkan ekonomi serta mempesatkan sector kemajuan luar Bandar dan wilayah. 

Monday, 11 November 2013

Kisah Entah apa-apa: Burung tidak boleh terbang reverse

Pada suatu malam yang lapar dan suram, semua orang lapar masa tu. Termasuk aku. Member-member aku ajak “fly”. Kalau fly pun korang tak tahu, nanti dah ada anak, hantar anak kau tu masuk asrama, lepas tu tanya dia fly tu apa.

Keadaan perut yang memaksa membuatkan aku bersetuju untuk bersetuju mengikut Ramlan dan Romi pergi fly. Malam itu kami bertiga menjadi penyelamat umat yang kebuluran dek kerana masakan dewan makan yang tak standing dengan citarasa perut.

Pukul 1 pagi ekspedisi bermula. Langkah di atur begitu strategic. Kami bertiga ada gaya ninja Naruto cuma yang membezakan kami hanyalah kami tak boleh terbang mengarut-ngarut dan tak pakai kostum bangang macam tu. Laluan pertama namanya “Jalan Babi”. Sebabnya kat situ memang tempat babi lalu. Kalau nak lalu kat situ tanpa orang lain perasan, buat la gaya babi. Mesti terselamat.

Laluan kedua, tangki air. Tangki air ni mercu tanda sekolah aku sebab tu la benda paling tinggi sekali kat situ. Ianya menjadi kebangaan warga sekolah dan acara-acara grand seperti memacak bendera sempena merdeka wajib dilakukan di situ. Tangki air tu bersebelahan dengan pagar yang menghubungkan dunia asrama dengan dunia yang lebih bebas dan bertamadun serta dilimpahi dengan makanan-makanan enak. Laluan kedua ini di kategorikan sebagai laluan mudah. Bagi pakar seperti kami, ianya tiada masalah.
Seterusnya, laluan ketiga, pagar kebebasan. Pagar ini tak tinggi. Kalau tinggi pun tak kisah sebab da banyak lubang yang di tebuk hasil kreativiti pelajar seperti kami. Kini kami di dunia sebanar, dunia penuh dengan makanan dan juga muzik-muzik hebat. Jika di asrama, kami hanya dengar nasyid saje tapi di sini kami mampu mendengar lagu-lagu New Boyz untuk di dendangkan kepada awek-awek di kelas nanti.

“Bang, nasi goreng pattaya bungkus 13. Ramai nak makan ni.” Romi kasi order selamba.

“Amboi, banyok betei. Aokmer 3 orang makan 13 bungkkuih?” Waiter tanye soalan meragukan sambil menggaru kepala.

“Aku suruh bungkus, bungkus je la. Budak-budak aku dah lapar ni. jangan sampai kau aku bungkus nanti” Gangster betul aku marah brader waiter tu. Kalau aku ingat balik aku mase marah tu, aku sendiri pun takut dengan diri sendiri. Gangster betul.

“Ok ok ok.. maaf abang. Nanti saya masak spesial punya abang” Tiba-tiba waiter tu bertukar jadi bangla sebab dah takut sangat.

“weh, aku nak g tandas jap ni. nak berak ah pulak” Ramlan bertutur terketar-ketar. Tangan kanan pegang perutm tangan kiri pegang bontot. Aku tengok memang tak boleh tahan betul dia tu nak terberak.

“Lama dah sampai? Order apa?” satu suara yang macam aku kenal tepuk bahu aku.

“Aku tempeh nasi goreng pattaya la ni. Cepat betul kau berak Lan, kau basuh ke tak?” Romi selamba je jawab sambil hirup the ais sambil menonton perlawanan ulangan kelab bawahan liga, Arsenal lawan Portsmouth United.

Aku dah nerves gilababi da ni. aku tahu tu suara cikgu Zainuddin. Cikgu tu cikgu paling ganas kat sekolah aku. Dia pernah menang anugerah guru paling ganas peringkat Zon dan Daerah. Cuma peringkat negeri dia tak pergi sebab demam. Sekali Romi mengalih pandangannya, terus bersembur teh Ais dia. Kesian brader waiter yang dari melayu berubah menjadi bangla tetiba tu basah kena sembur.

Aku dengan Romi tak ubah seperti banduan. Kami berdua balik naik kereta Cikgu Zainuddin. Malam tu aku ngan Romi bukan main enak lagi tidur dekat bilik warden. Tidur atas sofa sambil sambung tengok game bola dekat Tv tadi.

Esok pagi kami berdua rileks je bangun lewat, dan terus ke bilik warden. Standard la dekat bilik warden mesti kena marah kaw-kaw punya. Aku buat muka selamber je. Orang macam aku budak-budak gelarkan hati kental.

“saya akan bagitahu pasal kamu dekat parents kamu sekarang!” Cikgu Zainuddin bertutur menggunakan ayat skema sambil jarinya begitu nakal cuba menekan-nekan nombor di telefon bimbitnya yang murah dan langsung tak memikat hati pelajar untuk memilikinya.

Pada saat itu, hati kental mana pun akan jadi hati tisu. Aku dah mula cuak ni. tengah-tengah cuak, aku nampak Ramlan berjalan di luar bilik warden. Dia ketawa macam orang gila. Aku tak puas hati betul.
Lepas habis cerita aku dengan Cikgu Zainuddin, aku pergi kantin lepak makan kejap sebab lapar. Lagipun lagi 5 minit budak nak rehat dah. Kringgggg Kringgggg bunyi loceng menandakan masuknya waktu rehat bagi pelajar tingkatan 4 dan 5.

Aku nampak Ramlan jalan menyorok-nyorok. Aku dan Romi pergi dekat dia dalam keadaaan muka yang begitu bengis sekali. Semua budak-budak jadi takut dan memberi laluan kepada kami seperti yang anda semua lihat dalam filem tamil dan Hindustan.

“Woi, macam mana kau tak kena tangkap semalam?” Aku bertanya penuh sopan santun.

“Sori la wey. Sebenarnya aku dah nampak Cikgu Zainuddin baru datang lepas aku keluar dari tandas tu. “
“Dah tu apehal kau tak pergi je kat kitorang?” Romi tanya soalan bodoh.

“Bangang la ko ni Romi. Takkan la aku nak patah balik. Burung mana boleh terbang reverse (Apa yang dimaksudkan oleh Ramlan disini ialah, Mustahil)!. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak dah pergi berak pastu nampak cikgu, memang aku stay je la tepi tandas.” Ramlan memang biasa menggunakan bahasa kiasan yang entah apa-apa. Down jugak aku sebenarnya dengan perumpamaan dia. Tapi yang burung tak boleh terbang reverse ni aku dah selalu dengar.


“Gini la member.” Aku tacing habis masa tu.